Saturday, March 27, 2010

Kisah Dalam Library

Aite semua..

Kisah kali MKA nak kongsi perihal yang berlaku sepanjang revision week. Memandangkan paper MKA start agak lambat, first paper 28 March, so sempatlah meluangkan masa di library selama beberapa hari jugak lah. Revision week jugaklah MKA ada masa untuk study paper yang belakang2 nanti. Sebab lepas ne dah tak de gap lagi. Dalam masa 8 hari MKA ada 7 paper. Woooww.. tough kan???

Ada apa dengan angka 6???


MKA start on Monday dengan Syahril & Zaidy gi library sama2. Tuesday baru lah dapat study kat library dengan che puan, toh puan dan dato'. Tapi petang selasa tu sempat lagi kitorang gi bersuka ria kat KLCC tgk movie, Up in The Air. Sampai toh puan tertido dalam panggung. Mungkin toh puan tak dapat menerima motivasi2 yg sangat banyak dalam movie tu. Agaknye kan toh puan???


Dato' dan Toh puan dalam sejarah


Hari khamis sambung study lagi and ada ahli study baru, Khairoul n Ika. Ada yg study arab, POP (bob), ethics etc. Lambat jugaklah keluar dari library hari khamis tu. Lepas keluar kitorang gi dinner kat Evoke cafe. Siap ada "Forum" lagi dengan ahli penal jemputan "Habsah Rais".


Khairoul yang blur


Friday, toh puan, che puan, dato dah start paper arab. So MKA study sorang2 jelah kat library dengan berpakian hari raya bak kata toh puan. May be ne lah last update sampai MKA habis exam. I do hope all of you sama2 pray for my luck in exam nanti yea. Takut jugak, 7 paper kot paling banyak pernah MKA ambik dalam history. To all my fellow friends, I wish all of you good luck, do your best~~!!!!!

Regards,

MKA.

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Ulang Tahun


Aite semua,

Today hari Khamis, yesterday hari Rabu. Ada apa dengan Rabu??? Aku di lahirkan pada hari Rabu. LOL mesti cakap "ada aku tanya???" gi mam la ko. Tapi today is so special to me. MKA leka dengan study dari pagi sampai petang dekat library dengan toh puan, che puan, dato' dan sekutu sampai MKA terlupa bahawasanya hari ne adalah hari ulang tahun kelahiran my hero!!!!! kenapa hero kenapa tak heroin????

Sebab he is my Father or i call him Abah... yes he was born on March 23rd 1953. Maka hari ne genaplah usia ayahanda 57 tahun.. yes MKA pun tak percaya. Because he looks young.. still young okay.. Tapi don't worry, it just angka orang kata. Nothing much to do with angka. Yang penting Abah sihat dan energetic. Baru boleh berkerja dengan kuat.

My father is my hero. He makes my life much better from zero to hero. Abah mendidik aku dengan ketegasan. Kalau dulu, I cannot think the wisdom behind it but today I know the lessons he thought me. Bila Abah cakap tak boleh, maka tak boleh la jawabnya. Jangan sesekali nak counter balik nanti tak pasal2 kena 'counter' dengan Abah.. hehehehe...

Bila aku dah besar, aku kutip balik and guna balik apa yang Abah pernah marah aku dulu. Daripada perihal kemas katil sampailah keperibadian diri semua Abah dah didik sejak dulu. He built a strong foundation that no one can take away. Betul tak Syahril???

Abah membuatkan aku rasa protected, filled with love, and always there bila aku perlukan apa saja. I hope Abah akan sentiasa sihat dan kuat semangat untuk bekerja. InsyaAllah suatu hari nanti giliran aku pulak untuk mengambil tempat Abah membantu family. InsyaAllah beberapa bulan lagi Abah akan dapat menantu. Harap2 bertambah happening la family kita.

To Abah, happy birthday, you have a place of honor deep within my heart and May Allah Bless you always. The best father I ever know is you Abah. I love you, we love you. You do a great job in fatherly duties. To kak Nik happy birthday to tou too. Can't wait for that moment.

Regards,

Your grateful kid,

MKA Bin Tajuddin.

Sunday, March 21, 2010

Kisah Jejaka Manis

Aite semua...

Cuba teka siapa jejaka di bawah ini?


Rol

Aku pernah berkata : "Rol ne sweet kalau dia diam" Toh puan, che puan dan dato pun tidah menafikan statement aku tu... maka Rol pun membuktikan dengan adengan blur dia bila dia bercakap.. sememangnya dia mendakwa yang dia ne "mat blur".

Moral of this story and my advise is, don't talk too much.. talk when it is necessary... !!! tapi MKA tak tau la pulak apa yang bakal terjadi jika MKA berdiam.. walaupun naturally MKA memang pendiam... ke????

Regards,

MKA.

Kisah Dalam Satu Malam

Aite semua,

Satu petang toh puan dan che puan membuka cadangan untuk keluar pada malam tu. Tapi aku tanya nak ke mana kite? Maka tergantunglah soalan itu dan kitorang pun keluar tepat pada jam 8.15 malam. Che puan datang fetch dengan Viva hitam kepunyaan tuan punya kereta tu lah. Kelihatan dalam kereta tu che puan, toh puan, dato' dan datin paduka. Mana yang lain? - aku tanya toh puan. Ini je yang ada - Toh puan jawab. So aku pun drive dengan sederhana laju ke Damansara. First skali kena isi perut dulu. So aku bawa diorang makan kat German.. jauhnye... kan???


Che puan dan Datin paduka menjamah "pakapau"
Aku tak makan 'pakapau' sebab dah tak boleh makan daging. Che puan dengan datin paduka try 'pakapau'. Habis je makan aku tanya nak ke mana kita malam ne? Semua cakap tak tahu. Ikut kepala angin aku, so bawa jelah diorang gi The Curve memandangkan che puan tak pernah sampai lagi. kg.com la che puan ne...!!! Lepak punya lepak punya lepak, gi beli mc'd plus complain fries toh puan masin, so Nana tanjung pun datang dengan 'BESA' bukan nama sebenar. Apa yg besar pun aku tak tahu sbb orangnye lebih kecik daripada aku.


sundae MC'D


So , jam dah 11.30 malam, kitorang decide nak balik dah. On the way nak sampai, LOL pulak call tanya kitorang ada kat mana. Sebab dia on the way gi 1Utama. Mula-mula ingat LOL tipu, tapi bila Rol buat pengakuan, maka aku percaya.Sebab Rol tak pernah tipu. So gelepo lah aku sebab ada geng kat luar. Macam tak nak balik. Tapi Dato' Rosilawati tak nak ikut over-nite. Kena la hanta datin pulang ke Mahligai Sumayyah. Dia ada isu dengan sang-propa.. sebab tu tak berani nak over-nite.

kaca mata toh puan

Keluar semula, aku tanya diorang nak ke mana pulak. Tapi semua ikut aku lagi. Maka Up-Town Cheras lah jawapannya. Lepak lebih kurang 2 jam kat sana, lepas toh puan mencuba kaca mata hitam, gelang tangan bertali, datin paduka Amira "Where" mencuba pijamas tak bertali untuk malam pertama, dan che puan Alawiah menari-nari di balik langsir, so semua dah penat. Kitorang serbu pulak abang jual air botol RM 1.60. Datin paduka tak percaya bila aku kata baik untuk rahim... hahahaha...


RM 1.60 satu.. seeeedaaappp!!!!


datin paduka minum mineral water je.. business tupperware tak laku ke?



Destinasi terakhir, sebab LOL ajak naik genting.. gilo ko apo LOL??? Dah la tak bawa sweater. Kitorang pun gi Bukit Permai je. Nun di atas bukit tu kami ber"pillow talk".. pelbagai kisah kami kongsi. Tak lupa ragam pembuat maksiat berkucupan di atas bukit tu sambil membasah tekak dengan air kencing syaitan. MasyaAllah antum semua ne nak jadi apa????? pukol 5 aku tengok semua dah mamai, so gi pekena mamak jap kat Taman Melati. Terbahak-bahak datin paduka dengan toh puan dengar kisah syahril dah mak guard ketat. Semuanya berlaku dalam satu malam. Keesokkan paginya aku terus attend marriage course dalam lamunan...

mano tudung mu che puan????

Regards,

MKA.

Kisah EXTRA Confession

Dear you,

Terciptanya blog baru ne disebabkan oleh mereka. Kerana mereka bakal meninggalkan aku. Kerana mereka yang akan pergi. Aku berharap moga blog ne dapat menjadi medium untuk kami berbicara...


Mungkin juga kesinambungan kepada kaeryamry.blogspot.com.

Tapi ne bukan satu kisah dukan tentang aku. Mereka pergi kerana perjuangan yang masih panjang.. kan kan kan..???


Regards

M.K.A