Thursday, December 30, 2010

KISAH SEDEKAD

Rupanya hari ne is the last day of this year and this decade. Time is really flying fast. Memang sedar tapi tak sangka.

2000 - merupakan tahun kedua aku di Maktab, tingkatan 2.

2001 - Tahun yang menjelmanya cinta pertama. Aku duduki PMR disini.

2002 - Sejarah tercatat, aku bertukar sekolah ke SMK Tunku Abd. Malik, Alor Setar. Pertama kali jadi pengawas seumur hidup. Family pindah ke Bukit Kayu Hitam dan aku tinggal dengan tok dan wan di kampung.

2003 - Dilantik sebagai Penolong Ketua Pelajar. Aku duduki SPM disini. Tok sebelah Abah meninggalkan kami buat selamanya.

2004 - Pertama kali berpisah dengan Mama, Abah dan adik2, aku berhijrah ke Terengganu untuk sambung belajar. Namun aku berhijrah sekali lagi ke PJ masuk MCIIUM. Munculnya Remy.

2005 - Pertama kali kenal erti sedih yang teramat. Munculnya Hafiq, Syahril dan Zaidi.

2006 - Wan (atuk) telah meninggalkan kami buat selamanya.tahun paling berduka. Ulang tahun aku ke-20. Sambung degree di IIUM.

2007 - Cinta kedua dan terulung. Tahun yang membawa aku kejalan yang leka.

2008 - Jalan leka sampai ke penghujung. Disini aku temui kegagalan hidup.

2009 - Tahun kebangkitan disebalik kesesakan hidup. Tiada lagi cinta. Munculnya Alawiah, Rosilawati, Aisyah dan Syafiqah.

2010 - Disini aku menuai hasil kebangkitan daripada kegagalan. Tahun aku habiskan degree. Mendapat ahli keluarga baru tatkala abang berkahwin dengan kakak ipar.



Hari paling SEDIH - 15 April 2006 Wan pergi buat selamanya.

Hari paling GEMBIRA - 15 September 2007 Cinta terulung.

LELAKI SeDEKAD - Azam Yahya, Naim Mahir, Remy Rosslan, Syahril Ibrahim, Hafiq Hasan Basri & Zaidi Zakara.

WANITA SeDEKAD - Alawiah Junaidi, Rosilawati Zuber, Syafiq Gawus, Aisyah Rais, Shuhada Jamaludin.




Ini je agaknya yang aku ingat. Nanti kalau ada yang terlupa aku tambah. Tak serancak mana pun dekad ne.

Namun inilah yang paling bahagia tatkala aku berginjak daripada kanak2 ke alam remaja di permulaannya, dan kini melangkah ke alam dewasa.

Harapan dekad seterusnya, agar hidup aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah, dengan kerja yang bagus, hati yang tenteram, kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia.

Aku yakin didalam dekad seterusnya, jodoh aku akan menyeru, mungkin hadirnya cahaya mata, dan kami akan mengelilingi dunia bersama-sama.





Selamat tahun baru, dekad baru dan umur baru semua.

Inilah yang terakhir, untuk dekad ini.



Khairy Amry,

Love you so much.



(",)

Wednesday, December 29, 2010

KISAH SEPTEMBER

Malam semalam kampus aku amat meriah dengan pekikan peminat2 Harimau Malaya yang berjaya ganyang Indonesia. Menariknya diorang berkonvoi ramai2 naik moto dan kereta bawa jalur gemilang sambil hon.



Agaknya macam tu lah suasana tatkala Tunku pulang ke Tanah Air bawa berita Kemerdekaan Tanah Melayu dari England. Gembira dan gembira amat.

Itu satu kisah semalam sebelum tidur. Terhibur dan terubat rasa sunyi dengan gelagat diorang. Tapi bila keadaan seperti sedia kala, sunyi kembali kedalam kepala. Apa yang aku rasa?



Sesungguhnya, dalam hati, ada satu rasa... tapi bukan cinta mungkin suka. Yup suka itu lebih tepat dan jelas. Perasaan suka itu kadang2 je datang dan selalunya dengan taxi tapi pulang dengan bas transit. faham tak apa yang aku rasa?


Mari aku cerita lagi. Sejak September 2009, agak lama jugak... aku nampak dia di FB. First time terperasan, rasa itu dah datang. Walaupun belum kenal siapa dia. Ajaibnya, sampai saat ne rasa itu masih ada. Tapi kadang2 ia makin kencang... kadang2 ia seakan hilang.

Tak berani sebab belum ada kerja, itu mungkin jawapan tepat kepada soalan korang... betul tak? "Kenapa tak approach je or bagitau kat dia terus" betul tak itu didalam fikiran korang? Tapi aku selalu tulis nama dia dalam hati. orang kata selalu sebut akan jadi doa. Itulah yang termampu.



Sejak tu, aku ada approach dia untuk berkawan dan kenal dia. Masing2 busy dengan kehidupan dan dia memang sweet. Pertama kali jumpa, tak banyak cakap, hanya makan dan tanya soalan yg common. Tapi still keep in touch. Itu dah cukup bagus sebagai permulaan.

Bila terlalu sunyi, aku ambik semangat Tok (nenek) untuk motivate diri aku. Masih segar lagi, tatkala Tok cakap sewaktu Wan (Atuk) pergi meninggalkan Tok buat selamanya pada 2006.


"Nak buat macam mana, dah Dia (Tuhan) kata kita kena dok sorang2 pulak, dah 50 tahun dok berdua"



"Kita memang sayang dia (Wan) tapi Tuhan sayang dia lebih" setitik air mata pun tak jatuh di pipi Tok. Sangat kuat hati Tok terima ketentuan Illahi.


"Tak pa lah, Tok baca Quran banyak2, tak mau bagi sunyi, Tok tak mau tinggalkan rumah ne, arwah Wan dok balik dalam 100 hari ne"



Time aku nak balik KL, abang nak balik JB, Nadiah nak balik UTP, Tok peluk kami, Tok nangis... aku dengan Nadiah nangis... sebab sedih dan simpati dengan hidup Tok. Itulah definasi sunyi Tok, baru aku mengerti.


Tok berhak nangis sebab 50 tahun hidup gembira, tapi aku baru nak belajar makan garam, tak perlulah nangis kalau sunyi. faham tak?


September 2010 dah berlalu, selalunya aku menanam azam baru pada bulan kesembilan tu. Aku tak berazam setiap tahun baru.


Tiap September, ada saja yang ambil pensil dan tulis sejarah dalam hidup aku.





Nanti, aku cakap lagi.

Kena sambung buat kerja.


(",)

Tuesday, December 28, 2010

KISAH DOA BERAMAI-RAMAI

15 hb Desember 2010, jam 9.10 minit malam, kereta aku dilanggar oleh seorang budak hingusan di basement parking presint 9, Putrajaya. Yang ada dalam kereta kak long dan remy.

Mari aku jelaskan lagi. Kami bertiga kepingan tonton movie di Alamanda. Samada Hantu kak limah go back home or Ngangkung. Jadi bersiap setelah masing2 aku dan Remy baru pulang dari interview terbang dan kak long dari conference.

Nampak tak tujuannya? sebab kami sangat letih seharian dan nak release tense.

Masuk kereta seperti biasa malam tu, panaskan engin, reverse keluar dari parking, masuk gear 1 dan kemudian tukar gear 2... dan dalam masa 10 saat itu... tiba2 aku dengar kak long dengan remy menjerit kecil.

Nampak sangat aku tak sedar bila masa kereta tu datang. Dengan lajunya dia datang dari arah kiri tanpa berhenti dan melihat kiri kanan disimpang.

Masa aku keluar kereta untuk lihat kesan di langgar tu aku berdoa pada Tuhan... 'Ya Allah, harapnya tak teruk sangat, calar2 je la cukupla'...

Tapi lain jadinya, pintu belakang sebelah kiri remuk teruk, penutup petrol tank jadi bentuk V tak boleh tutup dan sebelah petrol tank tu berlubang. Memang dasyat!!! Remy sampai terkedu membisu sebab dia duduk di pintu tu.

Aku tanya, 'naper tak stop keluar simpang dik' dia jawab, 'saya nampak abg laju sangat tadi'... errr apa kena mengena dengan keluar simpang tak berhenti!!!!! aku balas, 'tapi ne jalan saya, mana ada laju baru gear 2, tapi dik mesti stop kat simpang before keluar'...

Dia main2 telefon macam nak call someone. Aku ajak pergi balai polis, dia jawab 'bang kita sattle kat sini je lah yea, tak payah gi balai r'... ok fine, aku amik no fon dia dengan ayah dia yang juga turun bersama2 jiran2 kerumun tempat kejadian. Ada jugak beberapa keping gambar yang remy ambil.

Memang dia bersalah dan memang salah aku sbb tolerate dengan dia. Sepatutnya aku heret jugak gi balai. Tapi apa yang berlaku memang menyedihkan.

Esoknya setalah berjanji nak jumpa, dia janji nak repair kereta aku kat workshop kawan dia, aku call and message. Tunggu sampai jam 10.30mlm hingga ponteng kerja Awani hari Jumaat. Tapi macam haram dia yang bernama Faris dengan ayahnya yang diberi nama Nordin, enggan jawab malah matikan terus bila aku call.

Jadi apa lagi ne memang lebih zalim sebab MELAYU aniaya MELAYU. aku text dia kata aku dibalai polis logde report. Tu pun sbb abang polis tu suruh.

Sampai sekarang dia tak tanya lansung apa2 pasal kereta aku. Paling sedih aku pinjam duit abah untuk bayar duit tukar pintu kereta. Orang langgar kereta kita, maka kita jugalah yang bayar kosnya. Memang Melayu tu haram jadah macam sial.

Masa aku pergi follow-up dengan balai polis Putrajaya sabtu lepas, polis tu kata dia dah call Faris dan en. Nordin. Tapi amat memilukan jawapan yang kedua beranak tu bagi... 'Saya kat kuantan ne, tak pernah pulak tinggal atau gi sampai putrajaya. Mana ada saya langgar kereta orang'...

CELAKA LAH HIDUP KAU DAN SELURUH KETURUNAN KAU... sesungguhnya Allah sentiasa mendampingi orang yang dizalimi. Ingat tu!!!! Kalau nampak kereta Iswara WDA 7123, let me know oke kat mana kereta tu disorokkan.

Manusia yang berTuhankan Allah, tolonglah saya berdoa beramai2 agar keadilan ditegakkan dalam situasi ne. Aku memang teraniaya.

Astagfirullah... aku minta maaf, agak emotional.

Sebab aku marah.

Tolong ya :(

KISAH BUAH HATI

Kebelakangan ne ramai je yang cakap pasal buah hati. Senang sangat meniti di bibir2 sang suara.

Mungkin musim sekarang musim orang bercinta dan bernikah. Nadiah baru 2 bulan putus terpaksa selepas 4 tahun menjaja nama budak paling aku tak suka tu senang pulak dapat 'replacement'.

Kak long pun katanya Januari ne dah setahun kenal hati budi abang paling sibuk sekali di Lembah Klang.

Adik aku baru dapat persis Scha Al-Yahya sebagai pengganti kepada 'Misi' yang aku boikot. Semuanya mudah mencari semula hati yang pergi.

Aisyah pun kalau bercerita mesti terselit soal hati walaupun dia bukan dalam list orang berkasih. Mungkin sebab dia amat gemar 'Tinggalkan Aku' pelantun Abg Nua.

Alawiah pun sama walaupun 'silence' is better for her tapi air muka jelas kelihatan tenang dengan cintanya.

Tak kurang teman2 handai yang bertemu jodoh dengan mudah di usia muda seperti aku dan adik2 aku.

Aku pun tak hairan kalau mama dengan abah tak pernah tanya pasal cinta apatah lagi kahwin. Tak pernah macam mak Aisyah yang glam tu tanya dia 'Aisyah dah ada kawan belum?'...

Tapi mak cik aku tersayang selalu lah jugak tanya 'Kawan orang mana? KL ka Kelantan ka Kedah kita jugak'... tergelak aku tiap kali dia acu soalan tu.

Bak kata Remy, 'Kalau Amry kahwin aku pun kahwin la jugak, nanti aku tak de kawan dah la'...

Maka, tunggu lah aku sehingga aku betul2 mahu mencari teman hidup. Buat masa ne aku tak perlu ditemani oleh sesiapa. Maksud aku yg istimewa. Aku baru mahu terbang so, aku mahu kembara ke tanah Tuhan yang luas.

Don't find love... right?