Friday, January 28, 2011

KISAH TAWAKAL PADA TUHAN

Alarm handphone berdering riak lagi pagi ni. pukul 5.40 pagi. sebelum azan subuh. pagi yang berdebar kencang. mampukah aku teruskan?

Melangkah masuk ke tempat banyak bintang. semua nampak tenang.

Aku sudah lakukan paling cemerlang. aku tunjukkan paling tampan. aku senyum paling ikhlas. dan panjang.

Tidak ada sesiapa lagi yang aku perlu menyerah. melainkan Dia. aku tawakal sepenuhnya kepada Allah.


Tunggulah selama 6 minggu yang ketat.

Malam ni ada event. yang penuh gemilang. Insya Allah kalau ada rezeki. mak mertua akan menang!



:D

Wednesday, January 26, 2011

KISAH RABU YANG WONDERFUL

Semalam memang cukup indah. Terima kasih Allah. Gembira tak bertepi. Tuhan nak tunjukkan sesuatu. What a wonderful day. Rabu yang sungguh wonderful.

Congratulation kepada teman sejati. U make me proud bud!

Doakan banyak2 untuk aku. tentang masa depan aku. tentang kerjaya aku.



Usaha, doa dan tawakal. tunggulah.



:D

Tuesday, January 25, 2011

KISAH CORONG GARAU FASHA SANDA

Hari ni setelah pagi celik semula. telinga kembang kuali. terdengar suara garau lelaki di corong pemancar bunyi.

"Apa lagi berita yang panas pagi ini? selain cinta Fasha Sanda dan Jejai terputus? anda boleh menelefon kami sekarang. blablabla..." kata suara garau itu.

Mata terkebil-kebil laju. telinga memancing sesuatu dari corong pemancar bunyi. hendak percaya ke tak. tapi tak kan pulak suara garau berdusta.

Terkenang detik hari tu. suara garau itu bertutur. di hari-hari baru 2011. "Ini dia anatara 10 perkara yang dinanti-nanti pada 2011. blablabla... dan ditangga pertama ialah perkahwian Fasha Sanda dan Jejai"katanya.

alamak! apa sudah jadi Fasha Sanda. aku capai keyboard dan mencari beautifulnara. nah memang betul! terdedah gambar sejoli.

Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu sahaja,
bisik Fasha Sanda pada aku. heh! :p

Ada sape2 nak masuk line selepas Jejai?

Aku capai tuala. lilit dipinggang. jom mandi!

great morning everyone!



:)

Monday, January 24, 2011

KISAH SEDETIK LEBIH

Sungguh indah. setiap bait-bait yang ditulis. sungguh mesra telinga. dari telinga turun ke hati.aku akan terus jatuh cinta. andai aku dengar karangan ni setiap detik. terima kasih Edry dan Anuar.


SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



Lagu : Edry Abdul Halim
Vokal: Anuar Zain

Sunday, January 23, 2011

KISAH SITI SAIDA, TUKANG URUT DI BINTANG

Tepat 5.55 pagi. alarm di handphone berdering riak. Terpaksa bangun untuk hari Ahad yang tergantung.

Dalam samar-samar kelam meredah hutan batu kota lumpur yang semakin mencucuk langit. Langkah kanan dimulakan. masuk ke tempat yang banyak bintang.

Pengalaman baru yang harus direntas. Macam ragam aku tengok. yang menarik pasti digam dalam minda. elak dari menjadi pelupa.

Aku menyapa "Siti Saida" yang bernama Ling Ling. Sebijik kot. Tak tumpah. aku suruh dia google.

Aku berkenalan dengan "Devil" yang bercakap laju. walau kerjanya dihurung pak-pak dan mak-mak arab. tapi jiwanya masih kental. bukan saja laju berkata-kata. jalan pun macam lipas kudung.

Tak lupa yang meneka umur aku. 20 or 21 i guess? aku senyum lebar sampai punggung. terima kasih you :D

Sepanjang hari. berjalan di lantai. di jalanan. didalam train. dengan ketinggian 1 inci lebih daripada biasa.

Memang macam kayu. hampir kepada besi. tolong panggilkan aku tukang urut. paling masyur di kota. aku nak pasang semula. jeriji-jeriji kaki. yang tercabut.

Ahad kali ini. dalam sejarah. terima kasih Allah.



Nak lunjur kaki panjang. sampai subuh esok.

Senja sudah pulang. aku tunggu esok.




:D

Friday, January 21, 2011

KISAH KUDA KEPANG

Kadang kala Tuhan sengaja nak menduga kita. Nak tengok setinggi mana kesabaran kita mampu bertahan. Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Hatta sehingga ke semua penjuru hidup. kanak-kanak. muda mudi. lelaki, perempuan hatta pondan. Cantik, kacak, hodoh mahupun buruk. Semuanya terpalit kepayahan menyusuri jalan yang penuh liku. Ini bumi Dia. Ingat tu!!!

Mungkin ada hati tak senang. Kisah yang ini. Januari yang penuh warna kusam. Tak ceria. Tak lantang.

Teman handai sangat besar ertinya. pada aku pada seluruhnya. Gembira canda aku dengan mereka. maka bahagialah aku menari atas dunia. Jika sebaliknya? maka sebaliknya juga.

Cinta aku pergi. bermusababkan kawan handai. bukan menjadi perosak. tapi cinta itu enggan memahami. enggan menerima.

hakikat betapa kawan lebih tinggi darjat. berbanding cinta. akhirnya cinta pergi. tapi kawan setia. aku tak bodoh. memilih keputusan itu. benar sekali.

Dahulu kala. aku ghairah menari di bumi. dengan teman-teman setia sejati. Berkongsi seribu citra. membias pancawarna.

Mereka jua pergi. Hanya yang tinggal. yang tertinggal. yang ini memang payah. aku kenalkan dunia. satu persatu ditunjuk. Inilah DUNIA!!! walau tak penuh.

Tatkala tarian rancak menari. mengenal lantai-lantai di paksi. mereka jugak pergi. dengan riak berkuda kepang. yang tinggal. yang memang tertinggal.

Aduh, sangka aku mereka baru mengenal dunia. jadi terkhayal seketika. sombong tak berpeta. giliran mereka menari ghairah. sedang aku ditutup tempurung. bisa melihat dari lubang kecil. keangkuhan mereka menari.

Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Konklusi, aku ditetapkan Tuhan. berada dibawah pula. dan mereka sayup di puncak bukit meraka. tak seperti aku yang jatuh pokok.

Tuhan merancang apa untuk aku? Nescaya sesuatu yang lebih hebat. Harga yang perlu dibayar untuk kesabarn. Nantilah. Tuhan tunjuk. Tuhan nak beri. tapi lambat sikit.

Aku dan pernah merasa. Jadi tiada ungkapan ralat terlukis dihati. Tiba masanya pula aku dibawah lautan yang berombak rancak. Dalam jiwa yang rombeng ni. Biarlah aku sendiri melawan sepi. Reda dengan kehendak Illahi.

Biar kawan pergi waktu susah begini. Aku tidak akan mencari. Hanya sebagai liburan hati. untuk gelak gempita sahaja? yang tak kekal. Sehingga aku pergi mencari. Bila aku senang kembali. Berkawan waktu senang aku saja. bukan waktu-waktu begini.

Hati-hati berkuda kepang teman handai. Selamat bergempita. Takut nanti jatuh. Macam aku. Dibuang dipandang hina.

Terima kasih Syahril. Memberi ubat rindu. pada aku. Ingat pesan Jaclyn Victor - Cinta Tiada Akhirnya.


Aku pergi tidur dulu. Selamat Malam Ziana Zain.


:(

Thursday, January 20, 2011

KISAH RINDU

Rindu 1

"Aku ingin engkau ada di sini menemaniku saat sepi menemaniku saat gundah. Aku rindu setengah mati kepadamu sungguh ku ingin kau tahu aku rindu setengah mati" - Rindu Setengah Mati (D'Masiv)

Begitulah aku amat memerlukan dia. Feeling yang bersiar-siar didalam hati. Tika ini. Hati hanya padanya. Bila aku pejam mata. Bila aku terjaga.

Hanya Mama sentiasa di benak minda. Dialah kekasih aku yang sentiasa bersama aku. Dari umurku satu hari. Aku rindu benar. Pada Mama.

Dah lama aku tak balik kampung. Sebab kerja yang tak sudah-sudah.

Rindu 2

Bila tengok clip-clip Zojan Raja Lawak. "Tin tang ting tang alexender". Kelakar habis. Ketawa besar sampai lenguh pipi. Terdetik rasa rindu nak ke dapur.

Last time
masuk dapur. Aku accident kat dapur. Melecur tapak tangan kiri sampai tukar color merah. Semerah hati lembu. Ibu jari kiri sampai nampak kulit.

Parut masih segar sampai hari ni. Gara-gara nak jadi superhero. Selamatkan kuali besar ayam masak merah.

Abah dengan mama buat makan-makan. Sempena Aidiladha. Kalau satu kuali terbalik. Tetamu nak makan apa nanti. Itulah alasan aku. Itulah kerisauan aku.

Tapi kenapa aku tak menyempat nak capai kain dulu. Sebelum pegang kuali yang tengah membuak-buak tu.

Well, itulah superhero. Heh! Mama kata. Patutla aku beriya nak selamatkan kuali tu. Sebab aku tak makan daging lol!!! Memang benar belaka kata Mama. Heh!

Timbul pulak perasaan phobia. Hari tu aku tolong guide kan Nadiah je. Nak masak Pasta untuk Wak Zaki bakal suami. Tak dapat nak tolong. Sebab parut lama pun terpandang-pandang masih.

Tapi memang rindu sangat nak masak. Nak masak untuk family. Mama rehat dengan kakak rehat. Tak sabar rasa nak balik rumah.

Nak buat kek chocolate strawberry dengan cheese cake carrot. Semalam baru ambil resepi baru. Dessert from Turkey. Namanya Muhollabe. Thanks Bethol Busra. Nanti I try buat okay!

My favorite cuisine. Nasi Lemak Chicken Rendang. Favorite abah jugak. Tiap kali adik beradik buat gathering. Mesti abah suruh buat Nasi Lemak Daun Pisang.


Lapar la pulak. Heh!



:)

Wednesday, January 19, 2011

KISAH BUTA

Terkadang, aku berfikir. Kenapa we can't please all people yang berada di depan kita? Mudah saja jawabnya. Tuhan telah menciptakan manusia dengan ciptaan yang berbeza. Tujuannya untuk manusia mengenali antara satu sama lain.


Di tempat kerja. Ada mata-mata. Yang tak nampak. Ada telinga-telinga. Yang pekak. Bangang. Itulah gambaran paling jelas. Harap jelas. Aku capek. Kami capek.


Usaha yang mungkin sia-sia. Pada mata-mata. Tapi penuh bermakna pada buta-buta. Kerana si buta tak bisa melihat. Tapi mahu belajar untuk melihat.


Mata-mata. Bisa melihat tapi lihat bukan dengan mata. Mengkritik pedas sampai ke tulang. Bukan falsafah seorang pengasuh. Bukan falsafah seorang pendidik hebat.


Itulah falsafah. Si Pengecut. Baling tahi. Sembunyikan tangan. Tapi busuk dapat dihidu walau pada wajah. Yang indah. Harapnya indah.


Di tempat kerja. Ada mata-mata. Yang tak nampak. Ada telinga-telinga. Yang pekak. Bangang. Itulah gambaran paling jelas. Harap jelas. Aku capek. Kami capek.

Friday, January 14, 2011

KISAH MAKAN MALAM

Jemputan Makan Malam


Kepada: ______________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa saya berbesar hati untuk menjemput saudari untuk menghadiri majlis makan malam bersama saya.


Sudah lama saya meminati awak. Sejak 1993. Impian besar saya untuk berjumpa saudari. Sehingga kini. Tak pernah hilang.


Butiran Majlis seperti berikut:

Tarikh: Bila-bila la
Tempat: Mana-mana je


Terima kasih.

________________________________________________________________


**Boleh tak. Aku nak fill in the blank ruang penerima kad di atas. Dengan nama yang malar hijau. Ziana Zain. Heh :D

**En. Armin jangan marah ye. Jemput join sekaki heh. Bawa 4 permata.

**Abg Nua tak nak ikut? Heh.



:)

Wednesday, January 12, 2011

KISAH KUALI ITALI

Lepas kerja. Rutin biasa. Makan malam sebelum pulang. Hempaskan badan di atas tilam Vonoz.


Lewat ini. Aku sungguh segan (malas). Nak menunggang Twin-Camp. Dah berapa hari Twin-Camp rehat panjang.


Bukan itu yang aku nak bingkaikan di Daerah ini.


Kisah 1

Semalam pergi kubur dengan Perodua Avanza Cik Jula Juli. Kepingan nak jamah laicikang kat kubur. Dah lama benar.


Cik Wati pulak nak makan Tomyam. Jadi gadis Thai di kubur itu memegang pena.


Cik Wati: Bihun Tomyam satu! Tapi dalam tomyam tu letak apa ye?

Gadis Thai : Ada serai, bawang, bla bla bla...(muka yakin!)

Cik Wati: Bukan, bukan! Maksudnya ada daging ke udang ke bla bla... (muka tak puas hati)

Pedoman: Cakap biar terang. Biar cerah!


Kisah 2

Semalam aku keudara dengan cik Jula Juli. Sampai kesayup sebelum jarum jam berhimpun. Penat. Sebab minum laicikang je. Di kubur.


Perut sudah berlagu "Bila Resah". Memang resah gelisah. Perodua Avanza dipacu laju oleh Wak Asmara. Kami menuju ke Mc'D Taman Melati.


Prosperity Ayam. Jamahan aku buat makan malam yang senja. Tersentak bila Cik Jula Juli bertanya. Disulam hiruk pikuk Gusti seluar pantai di tivi.

Cik JJ: Kenapa ramai sangat orang study kat sini yea? (Muka kehairanan)

Aku: Hah? Apa? orang Itali? (Pusing kepala dan check. Ramai sangat ke orang Itali kat sini)

Cik JJ: (Ketawa, gelak anak setan).

Aku: (Muka hairan kuasa dua. Pertama hairan dengan orang Itali. Kedua hairan melihat dia ketawa)

Cik JJ: Aku cakap, kenapa... ramai... sangat... orang... study... kat sini. (Ketawa kecil)

Aku: (tutup muka dengan kotak prosperity. Malu besar)Ceh.


Pedoman: Besarkan telinga. Sebesar kuali.




:)

KISAH TERPAKSA

Kadang kala. Bila aku terdesak. Untuk mendekatinya secara rakus. Membukanya. Oh! sungguh bercahaya walaupun tubuhmu agak gelap. Lalu dipeluk erat. Meraba2 setiap inci tubuhnya.


Tapi kala itulah juga. Dia enggan melayan kehendak aku. Dia hanya berdiam dan membisu. Seolah-olah cramp. Huh! Cobaan...


Terpaksalah aku membuka dibahagian belakang tubuhnya. Untuk menyegarkan kembali. Mungkin dia migrain atau pressure. Mungkin tindakan aku sebelum ini agak sedikit memaksa.


Betul, nescaya apabila dicoba lagi. Hasilnya memamg mengagumkan. Dia hanya turutkan saja. Apa kehendak aku. Rakus atau smooth.


Tapi kejadian merajuk dan menunjuk perasaan seperti di atas. Memang hampir setiap minggu terjadi. Aku manusia, punya perasaan. Penat, give up, horny juga kadang2. Heh.


Setiap kali dia membuat demontrasi. Aku capai dia. Dibahagian mana yang dicapai dulu. Aku tampar sekuat hati. Hayun jauh2. Aku geram. Aku baran. Sebab melambatkan kehendak aku.


Aku: Hishh hang ni menyusahkan. Hang ingat aku kelapaq (orang KL kate kebulur)sangat ka?

Dia: Diam membisu. (Seperti biasa)

Aku: Time2 macam ni nak buat perangai pulak. Tau dak mustahak ni. Bodoooooooooh!!!

Dia: Diam juga. (menerima takdir dimaki hamun oleh aku dengan redha, kesian!)


Setiap kali dia membuat demontrasi. Aku capai dia. Dibahagian mana yang dicapai dulu. Aku tampar sekuat hati. Hayun jauh2. Aku geram. Aku baran. Sebab melambatkan kehendak aku.


Untuk pemahaman kau. Aku memang tak bernafsu langsung. Nak menghadap kau. Tapi kau je yang ada time ni. Kalau lah pilihan lain yang lebih baik terlopong di depan mata koko aku ni. Aku tak akan pandang kau lagi. Aku terpaksa memuaskan kehendak dengan kau.


Itulah hakikat. Nasib yang kau terpaksa akur. Telan kah kepahitan hempedu lembu ini.


Oh! handphone Sony Ericson. (Sorry aku pun tak pasti model apa) Heh.




:)

Tuesday, January 11, 2011

KISAH CAWAN CAMPBELL'S

Setahun yang lepas. Penuh kekusutan. Putus cinta, dompet hilang, kereta kena pecah, handphone hilang, accident kereta dan hilang kawan.


Dua perkataan terakhir. Hilang kawan. Ada yang tinggalkan tangga menara dan ada yang mencuka. Puncanya ialah cawan campbell's.


Suatu pagi yang suram, tahun lepas. Aku log on FB. Terbaca satu status Mister Blur. Dia merungut. Seseorang telah menggunakan cawan campbell's nya sehari sebelum dan meletakkan sos cucur udang.


Namun. sesorang itu terlupa benar untuk cuci semula. Terlupa sungguh. Mister Blur marah benar. Ramai yang berada di belakang Mister Blur. Seratus peratus sokongan.


Seseorang yang terlupa itu. Pemilik Daerah Kisah Si Pelupa. Dia tercengang sedetik. Kenapa Mister Blur tak bagitau direct je? Kenapa perlu di postkan di FB? tanya dia sendiri.


This is not a man's thing bro.
tambah dia lagi. Sorang2 bertafakur. Bagaimana nak berhadapan dengan Mister Blur lepas ne?


Setahun yang lepas. Penuh kekusutan. Putus cinta, dompet hilang, kereta kena pecah, handphone hilang, accident kereta dan hilang kawan.


Bila pejam mata. Semua kenangan dengan Mister Blur meresap semula. Dia dan Mister Blur baik dan rapit.

Lunch, makan rojak yang tak sure status halal, mengeteh, nyanyi secara kuat-kuat di kotak merah dan bintang, kembara sepi ke lurah senyum, presentation, berlakon accident minum2 air setan dan sungguh banyak.


Konti radio itu. Dibangunkan sama2 untuk kemasyuran. Diperah otak2 bersama untuk hamilkan idea yang kritis. Kemudian lahirkan idea2 itu. Realisasikan impian.


Memang gemilang. Boom boom boom (bayangkan bunga api malam new year) heh! Hatta duduk semeja. untuk cerita2 geng kongsi gelap. Mister Blur sangat tak cinta. Si juri pergi kelas orang itu.


Kini, dia sedang mencari. mencari solusi dan konklusi. Untuk berdamai mesra. Ukhwah Fillah. Iaithu... heh! Serius dia tak suka begini. Hanya secawan campbell's. Kenapa nak besarkan menjadi jug ikea?


Menemui Mister Blur, dia (seseorang yang terlupa benar cuci cawan campbell's) minta maaf dan memaafkan. Demi Ukhwah, friendship dan kerja. Apa yang penting? bukan kerjasama (lol).


Apa yang penting? Toleransi dan komunikasi. Terima kasih. Sahabat2 sekelian. Tolong ingatkan dia. Kisah dia dengan Mister Blur.



:)

Monday, January 10, 2011

KISAH SI PELUPA

Susah nak dikatakan. Tentang kealpaan dan kelekaan. Saat diperlukan sebegini. Pasti ralat. Pasti rindu. Pasti kecewa. Pasti sedih.


Aku paling dibenci bila ditanya. Bagaimana, bila dan betul ke? Sebab aku pun tiada sedar kenapa mereka tak setia.


Bukan sengaja. Tapi betul2 lupa. Hilang satu, cari yang baru. Hilang lagi, cari lagi. Lagi hilang jugak, cari lain lagi jugak.


Itulah hukuman yang paling adil. Untuk kisah si pelupa. Yang tak pernah ingat bila terlupa.


Pelaburan yang tak berbaloi. Memang untung benar. Cina2 yang menjual. sebab punya pelanggan setia.


Dari saiz kecil hingga mega. Semua pernah dicuba. Tapi tak pernah setia.


Mengapa?


Sebab aku pelupa. Untuk kali ke 7. Dia pergi lagi. Tak setia dengan aku.


Pendrive 8g. Tertinggal di cc plaza idaman.

KISAH DIBUNUH

Engkau,

Aku masih bernyawa,

Di tikam di hunus,

Berkali-kali,

Untuk membunuh,

Aku masih hidup,

Karna cobaan ini bukan yang pertama.




mka

Tuesday, January 4, 2011

KISAH PENUNGGU

Bila aku tunggu, dia tak nak ajak...

Bila aku tak tunggu, dia beriya nak ajak...








Jom kita main lat tali lat sampai tahun depan...

KISAH PENGHUTANG PEMIUTANG

Hati ne tak selalu senang bila makin bergelora. Macam2 penyebab kalau hati tak senang. Cinta antara yang atas tapi kali ne cinta diposisi yang kebawah. Duit menjadi juara hati tak senang.


Dulu bila aku senang, aku tak pernah ada segelumit perasaan untuk mengabaikan mereka yang memerlukan. Walaupun tak semua, tapi aku akan menghulurkan semampu boleh. Sebagai pinjaman sementara mereka akan senang. Akulah PEMIUTANG yang berjaya kala itu.


Namun kini, bila aku cuba menjejaki penghutang2 dulu, semuanya manabur sejuta janji namun tiada yang tertunai. Kecewa akan sikap kalian yang tidak memikirkan tentang aku.


Ya, mungkin mereka kata aku kaya. Itu dulu, sewaktu dulu. Tidak kini. Hampir lama aku berdiam, bg peluang pada kalian untuk mengumpul duit dan membayar balik duit itu.


Yang bernama Kamu, berhutang 1500 ringgit pada tahun 2008, yang bernama Dia pulak berhutang 600 ringgit pada 2010. Aduh betapa baiknya hati ini, kebelakangan ini. Kata Remy, "Marah kau dah hilang sekarang"...


Bila ditanya bila nak bayar, macam2 lah alasannya... mengantuk dengan perangai manusia, baik aku tidur seminggu tak bangun2. Tak payah makan tak payah berbelanja.


Hati2 kalian, tolong berdoa, moga loan PTPTN masuk lebih awal daripada jangkaan asal.


Tolong yea :)