Sunday, February 27, 2011

KISAH PARTY PERPISAHAN

Kapal terbang mendarat lewat. aku pun tiba lewat. tidur paling lewat. niatnya tak mahu balik. biarlah burn tiket kapal terbang. entahlah. berat hati nak tinggalkan tempat tu.

Aku bangun paling lewat jugak. mata celik tatkala pukul 12.35 noon. ohh hari ni ada party perpisahan. perpisahan antara dia, kami dan mereka.

sampai di studio. orang makin ramai. terpampamg video aku di layar putih. arrghh malunya. aku sorok di dalam news room. keluarkan cheese carrot cake buatan tangan.

lampu dibuka. aku capai pinggan. nasi dan ayam masak merah menjadi santapan tengahari ni. enak belaka rezeki Tuhan hari ni. maklum sajalah free kan. heh

sekarang mereka itu sedang menyanyi riang. untuk menutup ruang2 kesedihan. seperti juga hati aku. yang sedih. pabila harus meninggalkan tempat itu. aku tak boleh lagi nak buka 2 biji camera yang merakamkan detik2 indah.

takut sedih sebab kat sana seronok. hilang seketika masalah di ibu kota canggih. kat sini sepi dibalik hiruk pikuk manusia.

terus saja aku download lagu Unic (Atas Nama Cinta), Edcoustic (Muhasabah Cinta) dan jugak Star Five (Satu Cinta).

Harapnya setiap pandangan mata disana dirakam disebalik lagu2 ini. Terima kasih sekalung pengucapan buat Naim.

teman agung paling ulung. sekarang hang dah boleh kerja dengan tenang. simpan cuti untuk raya pulak okay. heh!




:D

KISAH CINTA TERINDAH

Alhamdulillah aku teramat bersyukur pada Pencipta dan Pemilik alam semesta. dihadiahkan pada aku sebuah pengalaman yang mahal dan indah. aku pasti merindu paling dalam moment-moment pelangi itu.

Sepanjang 6 hari disana ditemani best friend forever yang aku kenal sejak 1999 di maktab. aku bersyukur kerana Tuhan menemukan aku dengan insan hebat ni. dialah tourist guide yang memacu perodua avanza. Thank you buddy.. heh

Jatuh cinta pabila melihat keindahan dunia yang serba baru dimata. Inilah cinta baru yang aku jumpa. memang jauh. paling jauh setakat ini. aku temu cinta ini. cinta yang jauh dimata. ciptaan Tuhan untuk kita semua.

Gunung yang paling indah dimata. Sungai yang paling suci. Alam semulajadi yang paling segar. lautan yang paling luas. senja yang paling merah. lurah paling curam. semuanya Tuhan telah jelmakan dimata aku.

tersedar dari lamunan cinta, aku temui definasi cinta yang baru. Terima kasih Tuhan.


aku menangis kerana aku merasai Kebesaran Nya :'(

Thursday, February 24, 2011

KISAH PENYEMBELIHAN JENAZAH

Suatu petang yang tua, datang seorang DJ membawa satu pesanan untuk dihebahkan kepada telinga-telinga di corong pemancar bunyi. Lalu didalam konti yang ada seorang DJ lain bersama producernya. Dan DJ pertama tadi memulakan perbualan.

DJ 1: (Membuka pintu dan terus ke DJ 2) Myra boleh tak announce kan info ni? on-air kan kejap lagi?

DJ 2: (Mengambil kertas yang dihulurkan oleh DJ 1 tanpa membaca kandungan) ohh ok-ok kejap lagi I announce. U don't have to worry ok!

DJ 1: Thank yea Myra (buka pintu dan keluar dari konti)

DJ 2: (Mengambil kertas info tadi dan membaca)

selepas 10 saat...

DJ 2: Whaaaaaaaaaaaaaattttt????? (selepas itu ketawa bagai orang terputus urat kentut)

kemudian membaca dengat kuat kepada producer...

DJ 2: ok now you listen... just listen... On 12th February 2011, the xxx organization will be held a Slaugtering JENAZAH Course at xxx venue...

Producer: Whaaaaaaaaaaaaaattttt????? kahkahkahkahkahkah (Ketawa dengan kuat bagai orang terputus urat belahak) It sounds scary babe!!! What they plan to do? take the jenazah and slaugter???? Oh my God, who wrote that?

DJ 2: Itu lah nasib baik I baca dulu, kalau tak mampus I tergelak time on-air nanti.

Producer: Try to translate it into BM?

DJ 2: Kursus Menyembelih Jenazah!!!! ouuchh it scared me!!!

Producer: Sapelah yang tulis ni yea... I tak nak attend lah kursus ni. Serammm!!!!!!!!!!


Pedoman: Sila letakkan penanda wacana ditempat yang betul. Jika tidak seramlah suasana!!! heh :D

Friday, February 11, 2011

KISAH PENAMAT DAN PERMULAAN

Alhamdulillah, 6 hari aku pulang ke rumah menjenguk Mama, Abah dan family. Umpama sekelip mata 6 hari tu berlalu. Kini menghitung pula hari-hari terakhir sebelum menamatkan sebuah perjalanan yang sangat panjang di university.

Tapi nasib sebaik melangkah keluar ke alam dewasa itu masih kabur. masih gelap. tak nampak. Apakah pekerjaan yang Allah nak beri kat aku kelak? Kerjanya dimana? Kerjanya bagaimana? Semuanya ditangan Allah.

Aku hadiahkan sebuah percutian yang mungkin paling bahagia dalam hati untuk aku. Sebuah percutian untuk celebrate penghabisan perjalanan yang panjang ini. Aku berharap ia dapat memberi kegirangan buat aku.

Tengoklah setelah aku pulang dari percutian 5 hari yang tak lah jauh sangat nanti. InsyaAllah gembira banyak.



:D