Thursday, March 31, 2011

KISAH KE-BESAR-AN



tuan-tuan dan puan-puan.

aku berharap agar sesuatu yang besar berlaku. heh. bukan gadis yang besar tau. tp impian yang besar.

Alhamdulillah. hari ni adalah peringkat terakhir. aku telah selangkah di situ. aku tawakal pada Tuhan. paling tinggi. paling banyak.

kalau dimurahkan rezeki. pasti ada. cuma aku harapkan. agar kalian sama-sama berdoa untuk aku.

aku percaya. inilah tanggungjawab sosial. yang bakal ditempuhi. kalau dimakbulkan Tuhan. amin.

untuk kakak aku. aku doakan agar dipermudahkan segalanya. tabah dan tenang selalu. mungkin zuriat itu. bakal menjadi insan hebat.

InsyaAllah. sama-samalah kita doakan dan usahakan. Tuhan menduga manusia. tak kira bangsa, darjat, umur mahupun jantina.

Tanda kasih Dia pada kita. dialah Satu Cinta kita. umat Islam.



:D

Tuesday, March 29, 2011

KISAH LANGIT RUNTUH




Lagu ne. buat engkau. teliti dalam-dalam. aku manusia yang tak sempurna. buat engkau tahu. mencintaimu membuatkan aku jadi begini.


Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini






betul. Mencintaimu aku jadi begini. terimalah kemaafan ku. dengan hati yang luas.

:(

Friday, March 25, 2011

KISAH PERINGATAN KITA



Assalamualaikum, aiceh lain skit intro kali ne. heh :p

Bukan apa sejak akhir-akhir ni aku tengok fitnah memfitnah dah semakin menjadi-jadi di Malaysia. kau tuduh aku. aku pun tuduh kau. aku bagi bukti kau pun menafi.

apakah yang umat Islam di Malaysia cari ne? aku risau. budaya memfitnah memang wajib dielak kalau nak negara kita dirahmati Tuhan.

selak balik Al-Quran. yang mungkin ada dikalangan mereka dah lama tinggalkan. termaktub dalam kitab suci. apakah hukumnya kalau memfitnah orang.

aku takut. kalau kita terleka. asyik memfitnah orang. tiba-tiba. Allah turunkan bala kepada rakyat Malaysia. bukan saja orang yang memfitnah saje kena. semua orang orang kena jugak.

banyak lagi isu besar yang wajar kita ambik berat. negara-negara lain sibuk untuk menghulurkan bantuan kepada Jepun, mencari penyelesaian sebaran radiasi nuklear, bergelut dengan serangan dan perang, kemiskinan...

tapi kita lebih fokus pada fitnah memfitnah orang. kelakar pun ada bila tengok gelagat-gelagat masyarakat ne. kadang-kadang la.

apa yang penting? yea pandai semua :p KERJASAMA!!! tapi jangan sesekali memandang remeh terhadap Al-Quran. Samada pemimpin, yang dipimpin, guru, engineer, doctor dan siapa saja yang beragama ISLAM.

selalulah mengkaji Al-Quran. sebagai panduan dan peringatan buat kita yang kadang-kadang terleka.

nilai-nilaikan dan selamat membaca :D

KISAH KICAP SOYA



Suatu petang pulang dari kerja. kebiasaan kesemua department aku yang tak berapa ramai sgt pun. 5 orang je. singgah mamak untuk dinner awal. semuanya nak balik dan tidur terus.

Aku yang hanya memakan semangkuk sagu gula melaka time lunch. aku order keow tiow goreng. nabil pun order yang sama.

tiba masanya. order pun sampai. Lia yang duduk disebelah kanan aku share sekali. sebab banyak kot. selepas beberapa suapan...

Aku: Dita can you get me the kicap there?

Dita: (pusing ke kiri dan capai, kemudian bagi dekat aku)

Aku: (ambil dengan hairan, Lia pun melihat aksi aku)

Tiba-tiba...

Aku: You dengar ke apa I cakap tadi?

Lia: (Angguk-angguk senyum manis)

Aku & Lia: (Ketawa terbahak dan menggilai, siap gimme five lagi, sambil tengok benda yang Dita baru je bagi tadi)

Dita, Shima & Nabil: (Pandang kami dengan penuh persoalan)

Dita: what's wrong? I tak faham la.

Aku: Dita I asked for kicap not serviette lorh...

Semua gelak gempita sekali lagi.

I miss it heh :D

Tuesday, March 22, 2011

KISAH AYAM PENYET


Bayangkan, jari telunjuk anda tersepit di pintu kereta... apakah perasaannya? dengan jari yang umpama ayam penyet. terpenyet leper.

menjerit kesakitan. luka dan berdarah. kebas dan mengeras...


BAYANGKANLAH...













Jadi itulah yang aku sedang merasai. sekarang!



selamat malam bos. jumpa tengahari je esok.


:(

Monday, March 21, 2011

KISAH AKU JUNG WOO SUNG



Kalau lah aku Jung Woo Sung...


aku akan...







tapi, biarlah disimpan saja...


dalam hati :D

KISAH DIA MILIK KU


Engkau hadir. memang tak pernah diduga. betapa gempita nya aku. menerima kehadiran engkau. sungguh bahagia cinta itu. cinta yang telah lama ku tunggu.

sementelah itu, kita bercanda. ke gunung ke tasik. naik kereta. jalan kaki. memang gembira. sungguh banyak.

kita berpegang tangan. berpeluk-pelukkan. aku berdebar. jantung bergendang kuat. engkau sauhkan cinta itu. ke dasar paling dalam. dalam hati. yang sukar diselam.

sungguh abadi cinta yang engkau beri. tiba kala kita berdua. berada di satu tempat. paling sukar dijelas. engkau mendekati aku. dan kita panjat katil itu.

dan kau kucup pipi ku. dan aku pegang tanganmu. jantung kita bersatu. hati kita bedegup dan borkocak. umpama tsunami. namun, petir tiba-tiba menyambar kuat...!!!!!

dan mata aku terbuka luas.

Ohh nooo nooo..!!! biar betik, aku mimpi ke?

memang betul, aku di atas katil. tapi bukan dengan dia. sorang-sorang je. ciss mimpi rupanya!!!

aku harap dia pun mimpi yang sama. walau dia milikku hanya dalam mimpi. tapi dia telah semburkan wangian kebahagiaan paling dalam.

ohh cinta itu. fahamilah aku. engkau amat ku tunggu.



heh :D

Tuesday, March 15, 2011

KISAH BOLA TERBANG



Petang tadi. aku dinner dengan those tiga princesses. sebelum bergerak. aku suruh Zully drive twin-cam aku. dia ambik kunci kereta, tekan alarm dan duduk di seat driver. aku pun masuk duduk di seat depan, dua lagi princesses duduk belakang.

tiba-tiba. seat driver tu dah habis digerakkan ke depan. tahap maksimum. tapi, kaki Zully stil tak dapat capai pedal. jadi apakah maksud disebalik itu? dua orang princesses kat belakang hanya mampu ketawa. aku pun turut berdekah. heh.

so terpaksa jugak aku drive twin-cam. menyulusuri jalan-jalan belakang sambil ketawa tentang sesuatu. tiba-tiba... BOOOOMMMM!!!! disambut dengan jeritan dari dalam kereta. aku terkesima. binatang apakah yang terbang dan terkena twin-cam aku!!!

cishhh... bola terbang dari bulan rupanya. bedebah punya kaki yang tendang bola tu. sampai kena twin-cam aku. dasar kaki bangku!!! nasib baik semua undercontrol. ingatkan dah langgar orang.

lepas makan dan bercerita panjang. kami pun pulang ke taman ilmu. aku park twin-cam di tempat istimewa biasa. tekan alarm. dan terkejut... beb, where is my plat number? nombor plat twin-cam hilang laa.

macam mana bole hilang pulak. tak kan ada orang curi. bukannya aku pasang plat bersadur emas. bukannya kereta Sultan Brunei. tapi tiga princesses tadi terus ketawa hilai. bergempita melihat plat yang hilang. yes they are chilling themselves!!!


entah-entah bola tadi tu penanggal? then curi plat nombor sebab plat nombor keta dia tertanggal?


hishhhh mintak simpang... amin!


hari ini sangat bahagia :D

Thursday, March 10, 2011

KISAH TAK SAMPAI



Perhatian... perhatian...!!!!


ajarkan aku berdikari...

ajarkan aku berdiri sendiri...

ajarkan aku erti perjuangan...

ajarkan aku erti keyakinan...

ajarkan aku erti motivasi...


tolong tunjukkan aku semuanya...!!!!

Thursday, March 3, 2011

KISAH HORNY BAND




Satu malam yang gembira. aku dan dua orang gadis manis pergi menjerit di pusat menjerit bintang-bintang.

Satu persatu melodi dipilih untuk dijerit. tiba giliran aku. keluar di paparan TV besar... Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir.

dua gadis manis memekik. Whaaaatttt??? Teacher's pet? why teacher? why not something else?

hilai tawa mereka bergema. dan aku tak bisa menjerit dengan tenang. dan turut gelak. selama ni aku pun tak peresan. Teacher's Pet adalah nama band yang unik.

betul jugak. kenapa diorang pilih teacher out of many jobs? dan kenapa diorang pilih pet out of many things in this world?

unik kan band-band kat Malaysia ni. blackdogbone.. brainwash.. gersang.. headwind..

mungkin nanti ada pulak yang letak Horny.. heh

KISAH NASYID DAN HIDUP BARU

Tengahari tadi, aku bangun tidur. hahaha kantoi bangun lambat. yes I'm not a morning person. aku pasang cakera hitam di radio. cakera yang baru di burn few days ago.

aku capai tuala. lilit di pinggang yang sedikit membuncit. pergi mandi. 30 minit selepas bertafakur di dalam bilik air. aku mengeringkan badan. tiba-tiba, terdengar satu suara.

Suara: Amry, kau OK ke?

Aku : (kurang dengar suara itu, lalu slowkan radio) apa dia?

Suara: Kau Ok ke ni?

Aku : Maksud kau?

Suara: Yer la lately kau dengar lagu nasyid ni. kau OK ke?

Aku : hahahahah aku OK je aku OK jangan risau. (aku gelengkan kepala keseorangan dan senyum)


Pedoman : Kalau nak dengar lagu nasyid, dengarlah selepas dilahirkan ke dunia. jangan dengar bila dah besar.


Adakah lelaki yang memakai rantai dan seluar pendek ke KLCC dan berpeleseran hingga embun berhenti menitis tidak boleh dengar lagu nasyid?

Tuhan lebih tahu.

Wednesday, March 2, 2011

KISAH KAPAL TERBANG DI KIMANIS

Suatu senja yang lewat. entah kenapa senja petang itu merajuk. dia tiba lewat. pendakian kami ke Kimanis bermula dikala senja itu tiba. walaupun lewat.

jalan-jalan ular itu dijelajahi. semakin lama semakin curam. semakin lama semakin sukar. bayu malam dan pawana menyelinap keseluruh kereta. cermin dibuka. untuk merasai angin malam.

tiba-tiba aku terlihat kapal terbang sedang melayang untuk mendarat. cahayanya jelas kelihatan. di atas paksi bumi itu kapal terbang semakin rendah.

aku nampak. jelas di mata. tapi tunggulah sampai di puncak banjaran Crocker. mungkin makin jelas kapal terbang yang bercahaya bulat tu.

masa berlalu, dan seketika aku tercari-cari. cahaya bulat yang bersinar-sinar tadi. ehh sudah hilang? cepatnye. aku tertunduk-tunduk mencari setiap penjuru Kimanis.

Dia bertanya, cari apa? aku jawab, tak ada apa-apalah. saja je tengok-tengok. aku mula berfikir sendiri. kapal terbang itu hendak ke mana. inikan banjaran yang berhutan.

seketika sampai di Keningau. kami tidur kenyang sampai selepas subuh. perjalanan dimulakan ke Kundasang. didalam kereta dia mula bercerita. tentang Kimanis dan perkara-perkara manis.

Dia mulakan cerita. ingat tak bila aku mula memecut semalam masa di Kimanis? aku kata, tak ingat sebab gelap kan. dia kata dia mula memecut laju sebelum tiba di satu jambatan.

ya memang aku sedar. memang laju. apatah lagi dijalan yang seperti ular. boleh pulak dia menjawab panggilan. dan membalas mesej. memang terer budak ni, hati aku kata.

dia kata, sejak dua menjak ni, ramai yang terserempak dengan seorang perempuan bersama bayi yang dikendung. berambut panjang. dan tunggu di bahu jambatan itu. termasuklah beberapa orang taxi driver dan dia sendiri terlihat kelibat perempuan itu.

aku pun bertanya semula padanya. ingat lagi masa aku tertunduk-tunduk mencari sesuatu. kau tegur aku, cari apa tu? dia kata, a'ah ingat, jadi kenapa?

aku cerita. aku terlihat cahaya bulat seperti kapal terbang yang hendak mendarat. di belah kanan Kimanis yang aku tau ialah gaung yang luas.

aku cerita lagi. bentuknya bulat. dan bewarna oren dan kuning kemerahan. ia seolah-olah terapung diangkasa. aku sangka kan bunga api atau api yang dilepaskan oleh kapal.

kemudian, dia terus menyebut. itu bukan kapal terbang. tapi sejenis makhluk halus berkepala dengan urat perut yang bercahaya. dia boleh tinggalkan badannya dirumah. dan hanya kepala yang terbang mencari makan.

Ya Rabbi, meremang bulu roma. sampai di KL aku google. aku tanya beberapa teman. ada yang cakap hantu penanggal. ada pula yang kata pelesit. dan orang Sabah memanggil balan-balan.

seram bila dengar cerita mereka. tapi kenapa aku je yang nampak. sedangkan dia tak nampak. atau mungkin dia nampak. tapi cakap tak nampak. entahlah hanya Tuhan yang tahu.

tak mengapa. itulah pengalaman mata aku. di Kimanis yang khabarnya memang manis keindahannya. insyaAllah aku pasti kembali. sama seperti Kinabalu. aku mahu melihat pemandangan indah dipuncak Kimanis.

nantilah...



:D


KISAH MEMORI KINABALU


Petang Jumaat. aku sampai dikaki kinabalu yang riak tinggi. tapi kinabalu tiada puncaknya. awan hilangkan puncakmu. dan aku tercari-cari liar.

dimana dimana puncak itu? yang satu dunia beritahu aku? mana dia mana dia? tapi Tuhan tidak mahu tunjukkan aku. lalu dihilangkan daripada mata aku. mata dia jugak.

balik resort dan lena paling puas. kesejukkan paling dingin. pantas meraba stokin didalam beg pack. namun Tuhan hilangkan stokin itu. lalu menggigil sampai ke pankreas. aku lihat dia. hanya mulut dan mata yang tinggal. selebihnya didalam selimut.

esoknya. terjaga selepas badan digoyangkan. bangun-bangun tengok tu!! kata dia. pintu sudah dibuka. terus kemata aku puncak kinabalu itu. aku terjun katil. lantas ke balcony.


MasyaAllah. terpegun aku. Subhanallah. kekuasaan Mu mencipa Kinabalu. Alhamdulillah. Kau beri aku kesempatan pada umurku untuk melihat kinabalu.

kinabalu. aku pasti datang lagi. untuk mendekati hati-hati itu. untuk susuri lurah-lurah mu. untuk berdiri di puncak itu. tunggulah...

rindu kinabalu bila dengar lagu Sayang Kinabalu...

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....

saya sayang sayang kinabalu
kaamatan pesta bulan lima
sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....

sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli
hati saya rindu....


:D