Monday, April 25, 2011

KISAH PONDOK KECIL



Dua hari penuh ketat. aku pindah rumah. penuh habuk dan sarap. masuk penuh hidung. hingga kejap. tak bernyawa.

Dua hari pindah rumah. demam dan sakit. alergik terlampau melampau. hidung menangis bak hujan.

Dua hari pindah rumah. aku demam. teruk selesema. memang paling teruk.

tapi berbayar akhirnya. cuti seminggu setelah dua hari yang letih.

sumpah! aku tak mahu pindah rumah lagi.

Tuhan, terima kasih tak terhingga. Ini nikmat juga.

Nadiah, Aisyah, Zul terima kasih. sudi membantu.

Engkau, terima kasih untuk ubat itu.



:(

:D

KISAH BINTANG DAN PELANGI




Muhammad Zaim Ajmal. engkau umpama bintang. engkau umpama permata. engkau umpama pelangi.

Muhammad Zaim Ajmal. engkau yang ku nanti. penuh debar. penuh sabar. akhirnya engkau di hati.

Muhammad Zaim Ajmal. bila sampainya waktu. akan aku bawa engkau mengembara. mengenal keindahan dunia.

Muhammad Zaim Ajmal. cepatlah engkau membesar. agar menjadi pahlawan kita. membesar dengan penuh cinta.

Muhammad Zaim Ajmal. I love you so much...






With Love

Uncle Amry ;D

KISAH MALAYSIA KITA




Alhamdulillah, syukur sangat-sangat pada Pencipta diri, yang Maha Esa. terima kasih kerana menerima aku berkerja di tempat baru itu.


Aku sungguh bersyukur Ya Illahi. jadikalah penghijrahan ini sebagai titik tolak demi kejayaan masa depan aku.


terima kasih kepada Abah dan Mama yang tak putus-putus menyokong impian aku.

kawan-kawan yang setia berdoa dan terima kasih atas galakan kalian.

untuk semua. InsyaAllah, aku akan berbakti pada negara kita :D

KISAH AIR KERING



Tiket movie hantu dah beli. puluk 7.50 malam. di pencakar langit tertinggi di dunia. sekarang 7.25. kena solat dulu. baru hantu tak kacau nanti. heh.

aku sinsing lengan baju kerja biru. capai paip. air mencurah laju. dan sejuk sekali. dibasuh tapak tangan dan kumur. basuh muka yang letih. sehingga habis ke kaki.
aku masuk ke dewan solat. lengan baju dilabuhkan kembali. tapi... kenapa kedua tangan aku kering? lengan baju tak basah seperti selalu?

aduh.. malu bukan kepalang! ada orang perasan tak? harap-harap tidak...


kalau dah si pelupa... memang lupa juga!






heh :p

Friday, April 15, 2011

KISAH KERAK KERAS



Terasing bukan suatu sifat yang aneh dalam diri aku. jiwa ku terkadang bebar. terkadang riang.

kini, pagi aku ditemani seorang lelaki. dia senantiasa menumpang aku sampai Wangsa Maju. nama dia Tommy Page.

Aku pandu kereta. dia nyanyi riang. satu kereta dengar. kuat tahap 18. lagu yang sama saja. A shoulder to Cry on. sedap sangat suara dia.

terngiang masih di telinga aku. lagu tu didendangkan ke telinga aku. oleh seorang lagi hamba. tatkala di kotak merah mahupun hijau.

dia lah yang intoduce kan Tommy Page pada aku. sekarang, dia pergi tapi Tommy Page tinggal setia di sisi.

canggung bukan? tapi betapa rabak hati. tak siapa yang lancong. untuk bertanya. nasib baik Tommy Page masih setia.

hidup tak seperti dalam lagu A shoulder to Cry on. ada tapi banyak tak endah. alhasil, menangis di bahu sendiri dan bergantung pada kaki sendiri.


orang dulu kata, ada kerak, ada nasi. ada batang mati, adalah cendawan timbul. tapi pada aku. kerak masih keras, cendawan tumbuh tapi tak banyak umpama selepas hujan.




aman :)

Monday, April 11, 2011

KISAH KAPAL SELAM YANG KARAM



Ini yang seorang lagi. baru putus cinta. setelah hampir 2 tahun mungkin. menyelam dasar-dasar laut asmara nian indah. ceewaahh.. heh

Alhasil, tergoyang dan hampir karam kisah asmaranya. ditiupnya bangsi. untuk membuat perutusan resmi. kisah perpisahan antara dua insan. dek Rajanya disambar sang Ratu yang kuat cintanya.

Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang

syahadan, aku turut menerima perutusan resmi. aku turut bertitah. janganlah engkau terburu-buru. molek jika engkau bertenang dan mencintai dirimu sendiri.

Cinta itu memang fana. bukan suatu yang langka. semua manusia mengalaminya. itukan resam tamadun cinta.

laksana tiada yang melengkapi. tanpa cinta. kian dirindu kian berdarah. diutuskan pada aku. dua kali selama itu.

mahukan tabalkan aku menjadi raja. untuk bersemayam ditahkta hati. apa lagi yang beta mampu bertitah.

seperti yang aku katakan dulu. aku ada pegangan. tiada lah cinta bersama teman sahabat. kita mampu berteman saja. bukan hatta berkasih.

aku takut hilang teman. aku tidak takut akan hilangnya cinta itu. engkau mengerti omongan aku bukan?

aku pun turut merasa. malah lebih awal daripada tuan puteri. aku pun karam dihati.

Akar nibung meresap-resap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
Terbakar hati siapa yang tahu

resam dunia, resam bercinta. apalah sangat jikalau engkau berehat sejenak. sebelum mencari putera raja yang kacak lagi tampan lagi bergaya. jikalau ada?


heh. aman.

Saturday, April 9, 2011

KISAH AKHIDAH DI BANGKOK



One time, during my FB chat with Nadiah...

Aku: hahahah.... but me, either one, Bangkok in September, skali dgn cuti raya or october to sabah. plus u must attend my convo in october...

Nadia: I will attend ur convo insyaAllah... eit raya kat bangkok ke?

Aku: hahaha after kenduri akhidah that will fall on the 4th raya... its friday and malam pulak celeb my birthday... after that i'll take a flight to bangkok.

Nadia: kenduri akhidah pn ada eh? usuludin tauhid tak dak? muahahaha

Aku: ehh I said akhidah ke.... kahkahkahkah it akhikah... eww its so embarrassing :p

Nadia: yessss u said akhidah so im thinking of nak wat kenduri usuludin tauhid suma g lengkap. nak print bg kaum keraabat bc boleh??? hahaha

Aku: shut up!! bongeekk!!!






Heh malunyer :D

Friday, April 8, 2011

KISAH SKODENG



Sedang aku tekun bekerja, tiba-tiba Shima masuk kedalam bilik. tujuannya untuk bertemu Manager. Sedang Shima berbincang sesuatu yang mustahak dengan Manager, pintu bilik aku diketuk lemah. oleh May Lim (nama sebenar) heh.

May Lim: Sorry r, Shima can I look for you?

Shima: (ketawa) Can.. can.. you can look anything you wanna look.. come..come..!!!

Mereka bergegas ke meja Shima. Namun suasana didalam bilik aku sangat gempita.

Manager: apa dia cakap tadi?

Aku: May Lim cakap kat Shima, Shima can I look for you? pastu Shima kata, Can.. can.. you can look anything you wanna look..

Manager dan aku: kahkahkahkahkah (tak tertahan gelak)


P/S: English aku pun tak lah sebagus A-Level, tapi janganlah engkau buat lawak petang wahai May Lim.



:D