Thursday, December 29, 2011

KISAH HADIAH SEGAR

Hati ini kalau di timbang memang berat berkati-kati. berat memikul rindu paling berat. memikul kenangan semalam yang masih hidup. yang tak akan kembali lagi. semuanya semalam sudah bawa pergi menjauh.








namun, dalam hati ia tak akan mati dengan sendiri. dia tak akan pergi jauh lagi. ia makin malar segar selagi aku bernyawa. sebab ia hadiah Tuhan paling hebat. antara paling hebat buat aku.

Terima kasih Tuhan. aku akan simpan rindu ini. janji.






Sepang 29 Disember

Sunday, December 18, 2011

1MALAYSIA TV


Hari ini, 18 Disember 2011, sebuah lagi stesen TV baru di Malaysia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia TV. Menariknya, ia erupakan stesen TV online pertama di negara ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.






Majlis pelancaran berlansung di PWTC siang tadi turut dihadiri rakan-rakan media lain di Malaysia. Ia turut mengandungi rangkaian program TV Alhijrah, TV1, TV2, TV3, MyTV, CCTV1, EKorea TV dan Documentery TV.

1Malaysia TV boleh diakses menggunakan internet di notebook, iPhone, iPad, Blackberry serta Android. Sasarannya ialah penonton dikalangan belia berumur 18 hingga 25 tahun.

PUNCA INDIVIDU MUFLIS






Dalam tempoh sepuluh bulan pertama tahun 2011, Jabatan Insolvensi mendedahkan lebih 250,000 rakyat Malaysia dikalangan belia berumur bawah 35 tahun diisytiharkan muflis.




Perkara ini sungguh membimbangkan kerajaan kerana ia akan membantutkan program Transformasi Negara bagi melahirkan belia yang berdaya maju. Ini kerana, secara purata pula, 41 orang akan diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Kebanyakan mereka gagal membayar hutang bank terutama kad kredit, pinjaman kereta dan perumahanserta pinjaman peribadi. Tiga punca utama ini membabitkan generasi muda sama ada yang baru memulakan kerjaya atau yang sudah berumah tangga.

Punca Muflis

- Gagal Rancang Pendapatan
- Berbelanja berlebihan
- Gemar meminjam wang


Dalam satu laporan khas, Si pelupa berkesempatan menemubual Azman Hashim, Pengurus Besar Operasi AKPK yang menasihati semua golongan di negara ini agar merancang perbelanjaan bulanan dengan menyediakan perancangan ataupun bajet bulanan.

Ia secara tidak langsung akan membantu individu mengurus kewangannya dengan lebih baik. Beliau juga berpendapat, cara hidup individu juga mempengaruhi perbelanjaannya. Justeru, kita tidak boleh terikut-ikut dengan gaya hidup mewah rakan sebaya jika gajinya hanyalah RM2000 hingga RM3000 sebulan.

Dan pendapat itu turut disokong Afyan Mat Rawi, seorang perunding takaful kewangan. Baginya, penggunaan kad kredit perlu dielakkan oleh generasi muda kerana ramai dikalangan mereka menyalah gunakan kemudahan kad kredit. Ternyata generasi muda kurang berdisiplin dalam menggunakan kad kredit. Justeru, ia perlu dielakkan sebelum melarat.

Menurut Afyan lagi, pinjaman peribadi juga merupakan penyumbang kepada masalah kewangan individu. Ini kerana pinjaman peribadi mempunyai kebaikan dan keburukan.

Afyan menjelaskan, jika individu membuat pinjaman peribadi bagi tujuan membayar hutang kad kredit ia adalah perkara bijak. Namun pendapat ini turut disokong Azman Hashim, jika individu memohon pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan harian, ia adalah tindakan yang memerangkap diri.

Mereka mengesyorkan agar generasi muda mula berjinak membuat simpanan dan seterusnya digunakan untuk pelaburan dan menambah aset peribadi. Unit trust, takaful, pelaburan emas dan hartanah antara cara terbaik membina aset seseorang.

Namun, apabila diselidik kembali, masalah kewanagan yang mendorong kepada muflis ini bermula sejak seseorang itu belajar di IPT lagi. Ini kerana, tiada pendidikan pengurusan kewangan khusus di peringkat sekolah di Malaysia.

Perkara ini amat mustahak kerana ia akan mendidik anak bangsa kita bijak dalam mengurus kewangan mereka di masa hadapan. Justeru, kedua-dua mereka bersetuju jika kerajaan mengkaji semula sukatan pelajaran di sekolah dan universiti agar pendidikan pengurusan kewangan dapat diselitkan serta diajar di kedua-dua institusi pendidikan itu.

Ia penting bagi mengekang situasi muflis dikalangan generasi muda yang kian parah ini sejak akhir-akhir ini.

Thursday, December 8, 2011

SEJARAH SEGAR SERI PADUKA


Tanggal 13 Disember 2011, sistem raja berpelembagaan Malaysia bakal mengukir satu lagi sejarah segar apabila Sultan Kedah Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 14.

Ini merupakan perlantikan kali kedua Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong dan ianya pertama kali pernah berlaku dalam sejarah sistem raja berpelembagaan di Malaysia.

Baginda pernah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh dari 1970–1975. Manakala Almarhumah Tuanku Bahiyah pula sebagai Raja Permaisuri Agong ke-5.

Semasa pemerintahan baginda ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Menariknya, untuk kali kedua ini, baginda akan bersama anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak pula, Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Sultanah Kedah, Tuanku Haminah pula akan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14. Baginda juga akan menjadi Raja Permaisuri Agong ke-4 dikalangan rakyat kebanyakan selepas Tuanku Bainun, Tuanku Siti Aishah dan Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Abdul Halim akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember ini. Baginda Tuanku Mizan akan kembali memerintah Terengganu sebagai Sultan Terengganu ke-16 bersama Sultanah Terengganu Tuanku Nur Zahirah.

MAS CATAT KERUGIAN







Syarikat Penerbangan kebangsaan Malaysia Airline mencacat kerugian pada tiga suku berturut-turut tahun ini. Justeru, MAS menggariskan pelan perniagaan baru yang disifatkan sebagai langkah tidak popular tetapi berkesan bagi mengeluarkan syarikat itu daripada terus mengalami kerugian.


Antaranya ialah menghentikan laluan penerbangan yang tidak menguntungkan dan memperkenalkan anak syarikat penerbangan premium baru yang menumpukan kepada laluan jarak sederhana dan pendek di rantau Asia bagi mengembalikan semula keyakinan pelanggan dengan memanfaatkan penerimaan kumpulan pesawat baru serta meneruskan langkah penjimatan kos.


Antara laluan yang akan ditamatkan perkhidmatan ialah Cape Town, Buenos Aires dan Dubai. Manakala Rome dan Frankfurt juga turut diteliti.


MAS juga yakin dapat memenangi kembali keyakinan penumpangnya menerusi 23 pesawat baru iaitu 5 buah A380, 5 buah A330 dan 13 buah 737-800 tahun hadapan.

SUMBER : BERNAMA