Monday, July 30, 2012

TARAWIH - PERBEZAAN HALUAN





Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah dah 10 hari umat Islam Malaysia menjalani ibadah puasa di Malaysia. Ternyata kehadiran Ramadhan memberikan semangat yang luar biasa kepada umat Islam di dunia untuk mempertingkatkan amal ibadah yang wajib mahupun sunat.

Saya tertarik dengan ibadah sunat yang paling masyur dikalangan umat Islam iaitu solat sunat Tarawih. Ramai yang bertikam lidah akibat perselisihan faham mengenai solat sunat Tarawih.

Sebenarnya, solat Tarawih itu merupakan solat sunat. Maknanya, jika kita dirikan kita akan mendapat pahala, dan jika sebaliknya, tidak pula diberikan apa-apa samada dosa mahupun pahala. Solat sunat ini juga tidak semestinya perlu dilakukan secara berjemaah di masjid atau surau. Namun, pahala berjemaah itu jauh lebih besar berbanding solat sendirian.

Pokoknya perbalahan umat Islam mengenai solat ini ialah dari segi rakaatnya. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan dalam solat Tarawih. Malah, Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Sebabnya, umat Islam sememangnya digalakan untuk beribadah secara berterusan sepanjang Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW;
“Apabila tiba Ramadhan, pintu-pintu rahmat akan dibuka, pintu-pintu jahannam akan ditutup dan syaitan-syaitan akan dirantai”

Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, Rasulullah bersabda:

Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”. 

Pendapat mengatakan, solat sunat tarawih yang diamalkan Rasulullah ialah 11 rakaat termasuk solat sunat witir. Walaubagaimanapun, solat Tarawih 20 rakaat tidak pula ditegah untuk dilakukan. Malah ia sangat-sangat afdal jika seseorang itu mampu melakukan solat Tarawih 20 rakaat.

Disini, pada pandangan saya, jelas sekali kedua-dua kaedah solat Tarawih yang sering diamalkan di Malaysia adalah benar dan sah disisi agama kita. Cuma, yang bersolat 20 rakaat tidak perlu menyindir Jemaah yang bersolat 8 rakaat sahaja.

Hal yang sama juga perlu diingatkan kepada sesiapa sahaja yang melakukan solat Tarawih 8 rakaat. Mereka tidak perlu mempersoalkan Jemaah yang mampu menghabiskan 20 rakaat Tarawih dengan menyatakan hadis serta sunnah yang diamalkan Rasulullah. Sedangkan Baginda sendiri tidak menghadkan jumlah rakaat dalam solat sunat Tarawih kepada umat Baginda.

Disini, terpulanglah kepada sesiapa yang ingin mengaut sebanyak mana pahala Ramadhan yang dijanjikan Allah. Samada berjemaah di sekitar surau atau masjid di kawasan penempatan kita atau di tempat ibadat yang jauh dari kawasan rumah.

Dari segi nilai kemasyarakatan, solat di surau dan masjid di kampung atau kawasan perumahan kita dapat mengeratkan perpaduan sesama masyarakat setempat. Tapi tidak salah jika kita bersolat di tempat lain yang agak jauh dari rumah. Mungkin faktor keselesaan surau atau masjid atau faktor Imam dan mungkin juga faktor kerja.

Dan paling penting, niat kita untuk beribadat kepada Allah. Itu sudah menandakan usaha kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Malaikat sudah mencatat setiap niat dan usaha kita untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Ketepikan soal jumlah rakaat, soal imarahkan surau atau masjid di kawasan perumahan, tetapi soalnya adakah kehadiran Ramadan ini akan menghasilkan bibit perpecahan disebabkan soal jumlah rakaat pada solat Tarawih semata-mata?

Apalah kiranya kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia.  Ia membuktikan keindahan agama Islam itu sendiri yang menyediakan pelbagai sumber pahala kepada umatnya.



Wallahu A’lam.

Friday, July 20, 2012

AHLAN YA RAMADHAN




Bismillahirahmanirrahim...


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185;


“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur"


Nyatalah, ayat di atas menunjukkan perintah Allah SWT kepada sekelian hambaNya untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Namun masih ramai dikalangan umat Islam di Malaysia khususnya yang masih ingkar dengan perintah Allah.

Saban tahun, berita penangkapan oleh pihak berkuasa ke atas masyarakat Islam yang tidak berpuasa didedahkan di dada media elektronik mahupun media cetak. Mengapa hal sedemikian berlaku? Zalimkah perintah mewajibkan berpuasa itu kepada umat Islam?

Sesungguhnya pada saya, Allah itu Maha Mengetahui. Zalim bukanlah sifat Allah. Kenapa kita diwajibkan berpuasa? Sedangkan Allah tahu pelbagai hikmah disebalik berpuasa.

Puasa sebenarnyanya dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Mungkin kita leka dengan hal dunia selama 11 bulan yang lain. Tetapi ambillah peluang dan ruang di bulan yang berkat ini untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Pencipta Alam ini.

Akhlak yang mulia juga dapat dididik di bulan Ramadhan. Kita dilatih untuk berdisiplin sepanjang 30 hari berpuasa. Dengan disiplin yang ada, ia juga mampu mewujudkan ketahanan hati dan jiwa untuk menjadi hamba Allah yang kuat menghadapi godaan iblis dan syaitan laknatullah selepas berakhirnya Ramadhan.

Paling mustahak, puasa dapat menyelami dan memahami penderitaan, kelaparaan dan keperitan orang yang hidup dalam kesusahan. Betapa laparnya mereka, dahaganya mereka dari hari ke hari menjalani liku-liku hidup yang daif.

Sebab itulah juga, pada bulan Ramadhan ini, kita juga diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu golongan susah dan fakir miskin Islam. 

Dari sudut saintifik pula, puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. 

Ganjaran pahala pada bulan Ramadhan memang tidak perlu disebut. Masha Allah memang banyak sedangkan Pintu-pintu neraka itu ditutup, maka Allah SWT membuka pintu-pintu langit serta pintu-pintu Syurga kepada sekelian hambaNya.

Firman Allah lagi, dalam surah Al-Qadr ayat 1-5;

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"

Dan pastinya, Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah di 10 malam terakhir Ramadhan. Allah janjikan barangsiapa yang mendapat keberkatan pada malam Lailatul Qadar, maka diberikannya ganjaran, nilai serta kemuliaan yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di seleruh dunia.

Wallahu A'lam


:D






Thursday, July 12, 2012

PEMENANG ANUGERAH SKYTRAX 2012

Anugerah Skytrax World Airlines 2012 diumumkan semalam di Farnborough Air Show, United Kingdom. Dan berikut senarai pemenang katogeri utama;

Airlines of the Year 
Qatar Airways

World's Best Cabin Staff
Malaysia Airlines

World's Best First Class Airlines
Etihad Airways


World's Best Business Class Airlines
Cathay Pacific Airways

World's Best Economy Class Airlines
Singapore Airlines

Best Airlines Catering Signature 
Malaysia Airlines

Best In-flight Entertainment
Emirates

World's Best Low Cost Airlines
Air Asia


Well, saya lihat kejayaan Qatar Airways sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia buat tahun kedua berturut-turut memang suatu jangkaan yang besar buat team Qatar Airways. Bertepatan dengan kecemerlangan service yang consistent serta keselesaan kabin yang sungguh memuaskan, anugerah ini jarang sekali dimenangi sesebuah syarikat penerbangan dua kali berturut-turut, tetapi Qatar Airways membuktikan kemampuan mereka kepada penumpang setianya. Congratulation Qatar Airways!!!




Sekali lagi syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Ailrlines merangkul anugerah World's Best Cabin Staff. Kejayaan ini merupakan "signature" kepada MAS yang memiliki team cabin crew yang cekap dan mesra penumpang. Anugerah ini sudah beberapa kali dimenangi MAS. Ia juga melambangkan kesungguhan MAS menterjemahkan "Malaysian Hospitality" didalam pesawat. Tahniah MAS!!!

Saya tidak mahu menyentuh katogeri Kelas Penerbangan terbaik kerana pada pandangan peribadi saya, semua syarikat penerbangan mempunyai kelebihan serta keistimewaan tersendiri dalam perkhidmatan First class, Business class serta Economy class. Baik dari segi keluasaan dan keselesaan seat sehingga ke sajian makanan.


Saya juga berbangga dengan usaha Emirates yang sentiasa memberikan sajian hiburan terkini kepada penumpang-penumpangnya. Movie, Drama serta lagu yang disediakan merupakan koleksi terbaru di pasaran entertainment antarabangsa. Tidak hairanlah penumpang bersetuju memilih Emirates sebagai juara bagi Best In-Flight Entertainment.




Air Asia pula merupakan jenama Malaysia yang makin menyinar dalam industri penerbangan dunia. Syarikat tambang rendah negara itu sekali lagi memenangi World's Best Low Cost Airlines untuk menjadikannya kemenaganan empat tahun berturut-turut. Tambang rendah bukanlah alasan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. Dengan kadar tambang rendah, Air Asia masih mampu memberikan service serta layanan terbaik kepada penumpang setianya. Tahniag Air Asia!!!


Wednesday, July 11, 2012

LEGASI BARU KERAJAAN MESIR


MENGIMBAU KEMBALI DETIK PENGISYTIHARAN GERAKAN REVOLUSI DI MESIR PADA 25 JANUARI 2011. IA SEMEMANGNYA MENGEJUTKAN DUNIA DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGARA ITU YANG MENUNTUT PRESIDEN HOSNI MUBARAK BERUNDUR.


GERAKAN REVOLUSI BERMULA APABILA SEKUMPULAN AKTIVIS MUDA YANG MENGGUNAKAN RANGKAIAN MEDIA SOSIAL MELANCARKAN SERUAN KEBANGKITAN KEPADA GENERASI MUDA MESIR UNTUK MENENTANG KERAJAAN HOSNI MUBARAK.


MEREKA MULAI SEDAR TERHADAP PENINDASAN DAN KEZALIMAN HOSNI MUBARAK DAN SUDAH TIBA MASANYA UNTUK RAKYAT MESIR BANGKIT MENENTANG PEMERINTAHAN DIKTATOR HOSNI MUBARAK. FACEBOOK DAN TWITTER DIGUNAKAN SEBAGAI MEDIUM BAGI MEMBAKAR API KEMARAAN SECARA MELUAS DI MESIR.







IA DICETUSKAN, WAEL GHONIM SEORANG PENGURUS PEMASARAN GOOGLE, YANG BERASAL DARI KAHERAH, MESIR. DIANGGARKAN LEBIH SEJUTA RAKYAT MESIR MEMENUHI DATARAN TAHRIR DAN KEMARAAN RAKYAT MEREBAK KE SELURUH MESIR TERMASUK ISKANDARIAH DAN SUEZ.



GELOMBANG REVOLUSI TURUT DISOKONG SYARIKAT GERGASI GOOGLE YANG MENGADAKAN KERJASAMA DENGAN PENGENDALI TWITTER BAGI MELANCARKAN PERKHIDMATAN BARU “SPEAK-TO-TWEET”.


IA DILANCARKAN KHUSUS UNTUK MEMBOLEHKAN RAKYAT MESIR MENGHEBAHKAN SITUASI TERKINI DI MESIR KETIKA ITU MENERUSI TWITTER MENGGUNAKAN TELEFON.


IMPAK REVOLUSI ITU MEMBUAHKAN HASIL APABILA PRESIDEN HOSNI MUBARAK MENGUMUMKAN PENGUNDURANNYA DALAM KERAJAAN PADA 11 FEBUARI 2011, 22 HARI SELEPAS KEBANGKITAN RAKYATNYA.






BEBERAPA BULAN SELEPAS PENGUNDURAN HOSNI MUBARAK, RAKYAT MESIR, MAHUKAN NEGARA YANG LEBIH DEMOKRASI DENGAN MELAKSANAKAN AGENDA PEMBANGUNAN BARU SERTA PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM YANG LEBIH JELAS.


KRISIS POLITIK ITU SEDIKIT SEBANYAK MENJEJASKAN KESTABILAN EKONOMI NEGARA ITU SERTA MELEMAHKAN ALIRAN PELABURAN LUAR NEGARA KE MESIR. JUSTERU, KERAJAAN SEMENTRA YANG DIPEGANG OLEH TENTERA MESIR BERSETUJU MENGADAKAN PILIHAN RAYA BAGI MEMILIH PRESIDEN BARU BAGI MESIR.


IA BAGI MEMULIHKAN KEMBALI SISTEM DEMOKRASI MESIR DAN PERSEPSI ANTARABANGSA TERHADAP NEGARA ITU. 23 DAN 24 MEI LALU DIUMUM SEBAGAI HARI PENGUNDIAN BAGI PUSINGAN PERTAMA PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR.


KEPUTUSAN MENYAKSIKAN , MOHAMMED MORSI MENDAHULUI DENGAN MEMPEROLEH 25.3 PERATUS UNDi MANAKALA AHMED SHAFIQ, YANG JUGA BEKAS PERDANA MENTERI ERA PEMERINTAHAN HOSNI MUBARAK, MEMPEROLEH 24.9 PERATUS UNDI.



JUSTERU PILIHAN RAYA MENJADI MEDAN PEMILIHAN RAKYAT MESIR BAGI MEMILIH PRESIDEN BARU UNTUK MEMBAWA AGENDA PEMBANGUNAN LEBIH BERKESAN MELALUI PEMERINTAHAN YANG LEBIH DEMOKRASI. DR. MOHAMED MORSI DAN BEKAS PERDANA MENTRI ERA PEMERINTAHAN HOSNI MUBARAK, AHMED SHAFIK MARA KE PUSINGAN KEDUA PILIHANRAYA PRESIDEN PADA 16 DAN 17 JUN 2012.



PUSINGAN KEDUA PILIHAN RAYA ITU DIADAKAN DALAM SUASANA PENUH KONTROVERSI SETELAH AHMED SHAFIK DIBENARKAN BERTANDING SEMULA SEHARI SEBELUM BERLANSUNGNYA PILIHAN RAYA ITU.


INI DISEBABKAN, KEPUTUSAN MAHMAKAH AGUNG MESIR YANG MENDAKWA, UNDANG-UNDANG MELARANG PEMIMPIN ATAU AHLI POLITIK SEMASA PEMERINTAHAN BEKAS PRESIDEN HOSNI MUBARAK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA PRESIDEN ADALAH TIDAK SAH.



PUSINGAN KEDUA PILIHANRAYA PRESIDEN MESIR BERLANSUNG DENGAN PENUH HARAPAN DAN IA MENJADI PILIHANRAYA PERTAMA SELEPAS KEJATUHAN HOSNI MUBARAK SERTA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH MESIR.



RAKYAT MESIR KELUAR MENGUNDI BAGI MEMILIH PRESIDEN BARU BAGI NEGARA MEREKA. KEPUTUSAN PILIHAN RAYA ITU SEPATUTNYA DIUMUMKAN PADA 21 JUN TELAH DITUNDA SELAMA 3 HARI SEHINGGA 24 JUN 2012.


WALAUPUN KETIKA ITU, KEPUTUSAN RASMI MASIH BELUM DIISYTIHARKAN, NAMUN DR. MOHAMED MORSI TELAH BERKALI-KALI DIUMUMKAN SEBAGAI PEMENANG DALAM PUSINGAN KEDUA PILIHAN RAYA ITU.


IA SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBERI TEKANAN KEPADA BEKAS PRESIDEN HOSNI MUBARAK YANG TELAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP.








MUBARAK DILAPORAKAN DISERANG JANTUNG ANGIN AHMAR SECARA MENGEJUT AKIBAT TERTEKAN DENGAN BERITA KEMENANGAN MORSI. BELIAU KEMUDIAN DILAPORKAN KOMA SEHINGGA HARI INI.



TANGGAL 24 JUN 2012, SATU LAGI PERISTIWA BERSEJARAH DICATAT DI MESIR APABILA MORSI DIUMUM SEBAGAI PRESIDEN KEEMPAT BAGI NEGARA ITU. BELIAU MEMENANGI PUSINGAN KEDUA PILIHAN RAYA MESIR SETELAH MENANG TIPIS TERHADAP PENCABARNYA AHMED SHAFIQ DENGAN 51.7 PERATUS UNDI. MORSI MEMPEROLEH 13 JUTA 230 RIBU 131 UNDI MANAKALA SHAFIQ PULA MERAIH 12 JUTA 347 RIBU 380 UNDI.



GRADUAN KEJURUTERAAN DARI CALIFORNIA INI JUGA MENGULANGI PENDIRIAANYA UNTUK MENGHORMATI PERJANJIAN ANTARABANGSA KHUSUSNYA USAHA DAMAI YANG DIMETRAI DENGAN ISRAEL.






KEMENANGAN MUHAMMAD MORSI INI DILIHAT AKAN MEMBAWA PERUBAHAN BUAT MESIR YANG MENCARI KESTABILAN SEJAK PENGGULINGAN HOSNI MUBARAK, 11 FEBRUARI TAHUN LALU.



CALON IKHWANUL MUSLIMIN INI DALAM MENIFESTONYA BERAZAM MEMBENTUK PENTADBIRAN YANG MEWAKILI SEMUA PIHAK TERMASUK GOLONGAN MINORITI DI MESIR. DALAM TEMPOH ENAM DEKAD, MESIR DIPIMPIN PRESIDEN YANG MEMPUNYAI JAWATAN DALAM TENTERA.



RAKYAT MESIR KINI PERLU BELAJAR DARI SEJARAH SILAM NEGARA ITU YANG PERNAH MELALUI PELBAGAI ZAMAN PEMERINTAHAN. ANTARANYA PEMERINTAHAN FIRAUAN, KERAJAAN FATMIYYAH, KERAJAAN SULTAN SALLEHUDDIN AL-AYUBI, PEMERINTAHAN RAJA FAROK SEHINGGA PEMERINTAHAN 3 BEKAS PRESIDENNYA.



KESEMUA KISAH PEMERINTAHAN KERAJAAN LAMA MESIR MEMILIKI KEJAYAAN DAN KEGEMILANGAN TERSENDIRI SEHINGGA MASYUR DI SERATA DUNIA. DENGAN DASAR DEMOKRASI BARU YANG DIBAWA PRESIDEN MOHAMED MORSI, KITA MENDOAKAN AGAR MESIR KEMBALI BANGKIT MEMACU PEMBANGUNAN YANG LEBIH AGRESIF.



DAN BAGI PENCETUS KEBANGKITAN REVOLUSI, WAEL GHONIM, KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN ITU ADALAH KEHENDAK RAKYAT MESIR YANG DISUARAKAN MELALUI UNDI MEREKA.



BELIAU PERCAYA DENGAN BERAKHIRNYA ERA HOSNI MUBARAK, BERMULALAH ERA PEMBAHARUAN MESIR. GHONIM BERHARAP PRESIDEN MORSI AKAN MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIPILIH RAKYAT MESIR TERUTAMANYA DALAM MEMBENTUK NEGARA DEMOKRASI SEBENAR.



DR. MOHAMED MORSI KINI MENDAPAT UCAPAN TAHNIAH DARI PEMIMPIN SELURUH DUNIA DIATAS KEMENANGAN MEMPERJUANG KEBANGKITAN DAN DEMOKRASI DI MESIR.



BELIAU JUGA KINI MENDAPAT PELBAGAI JEMPUTAN DARI NEGARA LUAR UNTUK MENJALIKNKAN KERJASAMA ERAT BAGI MEMBANGUNKAN SEMULA MESIR.



ANTARANYA DALAM MASA TERDEKAT, DR. MORSI MENDAPAT JEMPUTAN DARIPADA RAJA ARAB SAUDI UNTUK MELAWAT NEGARA ITU SERTA JEMPUTAN PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT.



KITA DOAKAN AGAR MESIR DILINDUNGI ALLAH DAN KEMBALI MEMACU PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM DI MESIR.






KHAIRY AMRY

Kaherah, Mesir