Wednesday, January 19, 2011

KISAH BUTA

Terkadang, aku berfikir. Kenapa we can't please all people yang berada di depan kita? Mudah saja jawabnya. Tuhan telah menciptakan manusia dengan ciptaan yang berbeza. Tujuannya untuk manusia mengenali antara satu sama lain.


Di tempat kerja. Ada mata-mata. Yang tak nampak. Ada telinga-telinga. Yang pekak. Bangang. Itulah gambaran paling jelas. Harap jelas. Aku capek. Kami capek.


Usaha yang mungkin sia-sia. Pada mata-mata. Tapi penuh bermakna pada buta-buta. Kerana si buta tak bisa melihat. Tapi mahu belajar untuk melihat.


Mata-mata. Bisa melihat tapi lihat bukan dengan mata. Mengkritik pedas sampai ke tulang. Bukan falsafah seorang pengasuh. Bukan falsafah seorang pendidik hebat.


Itulah falsafah. Si Pengecut. Baling tahi. Sembunyikan tangan. Tapi busuk dapat dihidu walau pada wajah. Yang indah. Harapnya indah.


Di tempat kerja. Ada mata-mata. Yang tak nampak. Ada telinga-telinga. Yang pekak. Bangang. Itulah gambaran paling jelas. Harap jelas. Aku capek. Kami capek.

Friday, January 14, 2011

KISAH MAKAN MALAM

Jemputan Makan Malam


Kepada: ______________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa saya berbesar hati untuk menjemput saudari untuk menghadiri majlis makan malam bersama saya.


Sudah lama saya meminati awak. Sejak 1993. Impian besar saya untuk berjumpa saudari. Sehingga kini. Tak pernah hilang.


Butiran Majlis seperti berikut:

Tarikh: Bila-bila la
Tempat: Mana-mana je


Terima kasih.

________________________________________________________________


**Boleh tak. Aku nak fill in the blank ruang penerima kad di atas. Dengan nama yang malar hijau. Ziana Zain. Heh :D

**En. Armin jangan marah ye. Jemput join sekaki heh. Bawa 4 permata.

**Abg Nua tak nak ikut? Heh.



:)

Wednesday, January 12, 2011

KISAH KUALI ITALI

Lepas kerja. Rutin biasa. Makan malam sebelum pulang. Hempaskan badan di atas tilam Vonoz.


Lewat ini. Aku sungguh segan (malas). Nak menunggang Twin-Camp. Dah berapa hari Twin-Camp rehat panjang.


Bukan itu yang aku nak bingkaikan di Daerah ini.


Kisah 1

Semalam pergi kubur dengan Perodua Avanza Cik Jula Juli. Kepingan nak jamah laicikang kat kubur. Dah lama benar.


Cik Wati pulak nak makan Tomyam. Jadi gadis Thai di kubur itu memegang pena.


Cik Wati: Bihun Tomyam satu! Tapi dalam tomyam tu letak apa ye?

Gadis Thai : Ada serai, bawang, bla bla bla...(muka yakin!)

Cik Wati: Bukan, bukan! Maksudnya ada daging ke udang ke bla bla... (muka tak puas hati)

Pedoman: Cakap biar terang. Biar cerah!


Kisah 2

Semalam aku keudara dengan cik Jula Juli. Sampai kesayup sebelum jarum jam berhimpun. Penat. Sebab minum laicikang je. Di kubur.


Perut sudah berlagu "Bila Resah". Memang resah gelisah. Perodua Avanza dipacu laju oleh Wak Asmara. Kami menuju ke Mc'D Taman Melati.


Prosperity Ayam. Jamahan aku buat makan malam yang senja. Tersentak bila Cik Jula Juli bertanya. Disulam hiruk pikuk Gusti seluar pantai di tivi.

Cik JJ: Kenapa ramai sangat orang study kat sini yea? (Muka kehairanan)

Aku: Hah? Apa? orang Itali? (Pusing kepala dan check. Ramai sangat ke orang Itali kat sini)

Cik JJ: (Ketawa, gelak anak setan).

Aku: (Muka hairan kuasa dua. Pertama hairan dengan orang Itali. Kedua hairan melihat dia ketawa)

Cik JJ: Aku cakap, kenapa... ramai... sangat... orang... study... kat sini. (Ketawa kecil)

Aku: (tutup muka dengan kotak prosperity. Malu besar)Ceh.


Pedoman: Besarkan telinga. Sebesar kuali.




:)