Sunday, January 23, 2011

KISAH SITI SAIDA, TUKANG URUT DI BINTANG

Tepat 5.55 pagi. alarm di handphone berdering riak. Terpaksa bangun untuk hari Ahad yang tergantung.

Dalam samar-samar kelam meredah hutan batu kota lumpur yang semakin mencucuk langit. Langkah kanan dimulakan. masuk ke tempat yang banyak bintang.

Pengalaman baru yang harus direntas. Macam ragam aku tengok. yang menarik pasti digam dalam minda. elak dari menjadi pelupa.

Aku menyapa "Siti Saida" yang bernama Ling Ling. Sebijik kot. Tak tumpah. aku suruh dia google.

Aku berkenalan dengan "Devil" yang bercakap laju. walau kerjanya dihurung pak-pak dan mak-mak arab. tapi jiwanya masih kental. bukan saja laju berkata-kata. jalan pun macam lipas kudung.

Tak lupa yang meneka umur aku. 20 or 21 i guess? aku senyum lebar sampai punggung. terima kasih you :D

Sepanjang hari. berjalan di lantai. di jalanan. didalam train. dengan ketinggian 1 inci lebih daripada biasa.

Memang macam kayu. hampir kepada besi. tolong panggilkan aku tukang urut. paling masyur di kota. aku nak pasang semula. jeriji-jeriji kaki. yang tercabut.

Ahad kali ini. dalam sejarah. terima kasih Allah.



Nak lunjur kaki panjang. sampai subuh esok.

Senja sudah pulang. aku tunggu esok.




:D

Friday, January 21, 2011

KISAH KUDA KEPANG

Kadang kala Tuhan sengaja nak menduga kita. Nak tengok setinggi mana kesabaran kita mampu bertahan. Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Hatta sehingga ke semua penjuru hidup. kanak-kanak. muda mudi. lelaki, perempuan hatta pondan. Cantik, kacak, hodoh mahupun buruk. Semuanya terpalit kepayahan menyusuri jalan yang penuh liku. Ini bumi Dia. Ingat tu!!!

Mungkin ada hati tak senang. Kisah yang ini. Januari yang penuh warna kusam. Tak ceria. Tak lantang.

Teman handai sangat besar ertinya. pada aku pada seluruhnya. Gembira canda aku dengan mereka. maka bahagialah aku menari atas dunia. Jika sebaliknya? maka sebaliknya juga.

Cinta aku pergi. bermusababkan kawan handai. bukan menjadi perosak. tapi cinta itu enggan memahami. enggan menerima.

hakikat betapa kawan lebih tinggi darjat. berbanding cinta. akhirnya cinta pergi. tapi kawan setia. aku tak bodoh. memilih keputusan itu. benar sekali.

Dahulu kala. aku ghairah menari di bumi. dengan teman-teman setia sejati. Berkongsi seribu citra. membias pancawarna.

Mereka jua pergi. Hanya yang tinggal. yang tertinggal. yang ini memang payah. aku kenalkan dunia. satu persatu ditunjuk. Inilah DUNIA!!! walau tak penuh.

Tatkala tarian rancak menari. mengenal lantai-lantai di paksi. mereka jugak pergi. dengan riak berkuda kepang. yang tinggal. yang memang tertinggal.

Aduh, sangka aku mereka baru mengenal dunia. jadi terkhayal seketika. sombong tak berpeta. giliran mereka menari ghairah. sedang aku ditutup tempurung. bisa melihat dari lubang kecil. keangkuhan mereka menari.

Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Konklusi, aku ditetapkan Tuhan. berada dibawah pula. dan mereka sayup di puncak bukit meraka. tak seperti aku yang jatuh pokok.

Tuhan merancang apa untuk aku? Nescaya sesuatu yang lebih hebat. Harga yang perlu dibayar untuk kesabarn. Nantilah. Tuhan tunjuk. Tuhan nak beri. tapi lambat sikit.

Aku dan pernah merasa. Jadi tiada ungkapan ralat terlukis dihati. Tiba masanya pula aku dibawah lautan yang berombak rancak. Dalam jiwa yang rombeng ni. Biarlah aku sendiri melawan sepi. Reda dengan kehendak Illahi.

Biar kawan pergi waktu susah begini. Aku tidak akan mencari. Hanya sebagai liburan hati. untuk gelak gempita sahaja? yang tak kekal. Sehingga aku pergi mencari. Bila aku senang kembali. Berkawan waktu senang aku saja. bukan waktu-waktu begini.

Hati-hati berkuda kepang teman handai. Selamat bergempita. Takut nanti jatuh. Macam aku. Dibuang dipandang hina.

Terima kasih Syahril. Memberi ubat rindu. pada aku. Ingat pesan Jaclyn Victor - Cinta Tiada Akhirnya.


Aku pergi tidur dulu. Selamat Malam Ziana Zain.


:(

Thursday, January 20, 2011

KISAH RINDU

Rindu 1

"Aku ingin engkau ada di sini menemaniku saat sepi menemaniku saat gundah. Aku rindu setengah mati kepadamu sungguh ku ingin kau tahu aku rindu setengah mati" - Rindu Setengah Mati (D'Masiv)

Begitulah aku amat memerlukan dia. Feeling yang bersiar-siar didalam hati. Tika ini. Hati hanya padanya. Bila aku pejam mata. Bila aku terjaga.

Hanya Mama sentiasa di benak minda. Dialah kekasih aku yang sentiasa bersama aku. Dari umurku satu hari. Aku rindu benar. Pada Mama.

Dah lama aku tak balik kampung. Sebab kerja yang tak sudah-sudah.

Rindu 2

Bila tengok clip-clip Zojan Raja Lawak. "Tin tang ting tang alexender". Kelakar habis. Ketawa besar sampai lenguh pipi. Terdetik rasa rindu nak ke dapur.

Last time
masuk dapur. Aku accident kat dapur. Melecur tapak tangan kiri sampai tukar color merah. Semerah hati lembu. Ibu jari kiri sampai nampak kulit.

Parut masih segar sampai hari ni. Gara-gara nak jadi superhero. Selamatkan kuali besar ayam masak merah.

Abah dengan mama buat makan-makan. Sempena Aidiladha. Kalau satu kuali terbalik. Tetamu nak makan apa nanti. Itulah alasan aku. Itulah kerisauan aku.

Tapi kenapa aku tak menyempat nak capai kain dulu. Sebelum pegang kuali yang tengah membuak-buak tu.

Well, itulah superhero. Heh! Mama kata. Patutla aku beriya nak selamatkan kuali tu. Sebab aku tak makan daging lol!!! Memang benar belaka kata Mama. Heh!

Timbul pulak perasaan phobia. Hari tu aku tolong guide kan Nadiah je. Nak masak Pasta untuk Wak Zaki bakal suami. Tak dapat nak tolong. Sebab parut lama pun terpandang-pandang masih.

Tapi memang rindu sangat nak masak. Nak masak untuk family. Mama rehat dengan kakak rehat. Tak sabar rasa nak balik rumah.

Nak buat kek chocolate strawberry dengan cheese cake carrot. Semalam baru ambil resepi baru. Dessert from Turkey. Namanya Muhollabe. Thanks Bethol Busra. Nanti I try buat okay!

My favorite cuisine. Nasi Lemak Chicken Rendang. Favorite abah jugak. Tiap kali adik beradik buat gathering. Mesti abah suruh buat Nasi Lemak Daun Pisang.


Lapar la pulak. Heh!



:)