Wednesday, August 3, 2011

KISAH DARI ARAB SAUDI



Kala Azan senja menjelang... ramailah yang berpusu menadah tangan memohon keberkatan.

berdoa agar puasa hari berlalu diterima Tuhan. air diteguk dan tamar dijemput.

Ada yang pergi menyembah Illahi dan ada pula yang menghadap rezeki. biasalah seharian berlapar.

beberapa minit sebelum bacaan berita ke udara, aku ternampak sebekas yang terisi tamar. milik orang paling besar dan berpengaruh.

aku: Encik Aston, nak rasa kurma ni satu yer?

Aston: Ambillah, ambil ambil...

aku: (buka bekas dan ambil satu je, lalu makan) hhmmmm sedap la kurma ne. mana encik Aston beli?

Aston: dari Arab saudi ne.

aku: jauhnye datang... patut la sedap, yg ori rupanya.

Aston: (dengan slumber menambah) melalui Giant...

aku: (cishhh)!




:D

Tuesday, July 26, 2011

KISAH SERELUNG



hampir aku lupakan kisah itu.
kerana aku tersilap.
menjaring pesanan.

engkau tunggulah.
bila tiba masa.
akan ku jelang.

kau tolong jangan pulang lagi.
dari hati ini.
aku harap kau beli rumah dalam hati ini.

supaya tak tinggal aku.
tidur sepi di malam esok.
aku perlu kau temani dalam gebar hati.

KISAH TAK PIJAK BUMI



Lapan bulan ternanti. menghitung hari-hari sunyi.
aku sepi sendiri. yang paling pasti.
bukan mata tak mencari. bukan hati tak meminta.
mungkin tiada juga yang ketahui. aku duduk di lantai kayu.
meratapi hari yang malang. yang terpesong dari hiruk pekik kota.

satu hari. pada 3 bulan yang pergi.
aku jatuh hati. pada dia yang tinggi.
tiap hari dia mengibar hati. memancing puing-puing hati.
yang melayang direruang kantor. tapi aku tak berani.
takut kalah pada hakikat. jadi aku diam dibawah kerusi.

nak menyapa dia yang tinggi? aku tak berani.
apatah lagi nak luah isi hati. aku lagi tak berani.
sampai bila lampu isyarat merah ini. sampai bila akan bertukar hijau?
tapi aku sentiasa dibawah kerusi ini. kau carilah aku nanti.
kalau kau cinta pada hati. yang terukir nama aku.



15 Julai 2011
Taman Permata