Aite semua,
Satu petang toh puan dan che puan membuka cadangan untuk keluar pada malam tu. Tapi aku tanya nak ke mana kite? Maka tergantunglah soalan itu dan kitorang pun keluar tepat pada jam 8.15 malam. Che puan datang fetch dengan Viva hitam kepunyaan tuan punya kereta tu lah. Kelihatan dalam kereta tu che puan, toh puan, dato' dan datin paduka. Mana yang lain? - aku tanya toh puan. Ini je yang ada - Toh puan jawab. So aku pun drive dengan sederhana laju ke Damansara. First skali kena isi perut dulu. So aku bawa diorang makan kat German.. jauhnye... kan???
sundae MC'D
So , jam dah 11.30 malam, kitorang decide nak balik dah. On the way nak sampai, LOL pulak call tanya kitorang ada kat mana. Sebab dia on the way gi 1Utama. Mula-mula ingat LOL tipu, tapi bila Rol buat pengakuan, maka aku percaya.Sebab Rol tak pernah tipu. So gelepo lah aku sebab ada geng kat luar. Macam tak nak balik. Tapi Dato' Rosilawati tak nak ikut over-nite. Kena la hanta datin pulang ke Mahligai Sumayyah. Dia ada isu dengan sang-propa.. sebab tu tak berani nak over-nite.
kaca mata toh puan
Keluar semula, aku tanya diorang nak ke mana pulak. Tapi semua ikut aku lagi. Maka Up-Town Cheras lah jawapannya. Lepak lebih kurang 2 jam kat sana, lepas toh puan mencuba kaca mata hitam, gelang tangan bertali, datin paduka Amira "Where" mencuba pijamas tak bertali untuk malam pertama, dan che puan Alawiah menari-nari di balik langsir, so semua dah penat. Kitorang serbu pulak abang jual air botol RM 1.60. Datin paduka tak percaya bila aku kata baik untuk rahim... hahahaha...
RM 1.60 satu.. seeeedaaappp!!!!
datin paduka minum mineral water je.. business tupperware tak laku ke?
Destinasi terakhir, sebab LOL ajak naik genting.. gilo ko apo LOL??? Dah la tak bawa sweater. Kitorang pun gi Bukit Permai je. Nun di atas bukit tu kami ber"pillow talk".. pelbagai kisah kami kongsi. Tak lupa ragam pembuat maksiat berkucupan di atas bukit tu sambil membasah tekak dengan air kencing syaitan. MasyaAllah antum semua ne nak jadi apa????? pukol 5 aku tengok semua dah mamai, so gi pekena mamak jap kat Taman Melati. Terbahak-bahak datin paduka dengan toh puan dengar kisah syahril dah mak guard ketat. Semuanya berlaku dalam satu malam. Keesokkan paginya aku terus attend marriage course dalam lamunan...
Regards,
MKA.