In the course of life's journey.. we rub shoulders with many people, some are warm and open, others afraid and closed. Some we connect with, others come and soon are gone...
Saturday, March 3, 2012
MAS CATAT RUGI TERBESAR
SYARIKAT PENERBANGAN KEBANGSAAN MAS DIGESA MENGKAJI LANGKAH PENGURANGAN KOS DAN STRUKTUR PENGURUSAN AIR ASIA.
LANGKAH ITU UJAR BEKAS PERDANA MENTERI, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, BERTUJUAN MEMBOLEHKAN MAS KEMBALI MENCATAT KEUNTUNGAN.
JELAS TUN DR MAHATHIR, KINI MERUPAKAN PELUANG TERBAIK UNTUK MENGKAJI DAN MELIHAT MENGAPA SYARIKAT ITU TERJERUMUS KE DALAM KRISIS FISKAL SEDANGKAN SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH AIR ASIA MAMPU MENCATAT KEUNTUNGAN.
TAMBAHNYA, MEMANDANGKAN KEDUA-DUA SYARIKAT PENERBANGAN INI BEROPERASI DARI NEGARA YANG SAMA, TIDAK ADA SEBAB BAGI MAS GAGAL.
UNTUK ITU, MEREKA PERLU BEKERJASAMA DENGAN AIR ASIA DAN MEMPELAJARI DARI SEGI PENGURUSAN, MENGURANGKAN KOS DAN SETERUSNYA MENDAPAT KEUNTUNGAN.
MAS PADA TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 MENCATATKAN KERUGIAN BERSIH RM 2.52 BILION.
IA JUMLAH TERBESAR DALAM SEJARAH KORPORATNYA BERDASARKAN HASIL RM 13.9 BILION.
SEBALIKNYA, AIR ASIA PULA MENCATAT KEUNTUNGAN BERSIH RM 564.1 JUTA DARIPADA HASIL BERJUMLAH RM 4.47 BILION.
SUMBER : BERNAMA