Sunday, May 16, 2010

Kisah Baling Kapur

Maih ingat lagi dulu waktu mka kena baling kapur dalam kelas. Sebab bersembang time cikgu mengajar kat depan. Ada jugak kawan2 yang nakal time tu letak kapur di sekeliling meja untuk kenakan kawan2 lain. So bila budak2 lain gi sandar kat meja tu maka putihlah seluar blue black time tu.


Mka pernah jugak kena ketok ketampi diluar kelas gara2 fail subject. Ada juga ustaz yang menghempaskan kamus al-marbawi pada kepala2 yang lupa membawa kamus tebal tu. Kalau tak hafal hadis ustaz akan cubit "tetek". hahaha kelakar pulak kalau kenang balik zaman sekolah dulu. Nasib baik la sekolah mka semua lelaki.


Gelagat guru2, ustaz dan ustazah kita sometimes tu memang kelakar. Ada yang emotional sampai baling buku amali sains sampai jatuh atas bumbung. Ada yang aggresive sangat sampai panggil budak2 yang ponteng kelas guna alat pembesar suara so that satu sekolah boleh dengar.

mka masih ingat lagu "Terima Kasih Cikgu" yang kitorang menyanyi time assembly kat SKSKB Alor Star dulu...

Hari pertama masuk sekolah..
Tak pandai membaca mengira...
Tetapi cikgu begitu tabah...
Mengajar kami sungguh2....

Bermula ABC sampai Z....
Hitung satu sampai sepuluh....
Baru ejaan dan kira2...
Kami belajar dengan lancar....

Berkat kesabaran....
Guru bijaksana....
Memberi pelbagai petunjuk...
Hari demi hari ..
Kami pun mengerti...
Pelajaran nilai nya tinggi....

Kami ingat setiap masa....
Jasa guru pendidik bangsa..
Sambutlah ini ucapan kami....
TERIMA KASIH CIKGU.....


Sedih pulak bila mka nyanyi lagu ne sorang2. Memang betul cakap abang mka yang juga seorang guru, "seorang PTD, Pengarah Kesihatan, Inspektor Polis, Menteri, Ahli Parlimen semuanya pernah belajar dengan insan yang dipanggil cikgu".


Tanpa cikgu2 yang telah banyak mendidik kita selama 11 tahun di sekolah, kita hari ne bukan lah siapa2. Sama ada cikgu tu garang, baik, emotional, kelakar, serius, ganas atau kata lah apa saja namun mereka tetap mengajar murid2 tanpa rasa iri hati, sakit hati mahupun bias.


Jangan pernah menyesal jika menjadi seorang cikgu. Pahala tiada putus walau nafas tersekat dibumi, dibawa ke langit. Ilmu2 berguna itu menjadi pedoman pada murid2 dan menjadi cahaya dalam jiwa kita. Tahniah pada semua cikgu di mana jua kalian berada. Selamat Hari Guru 2010.


Regards,

mka