Wednesday, May 19, 2010

Kisah Pulang ke Kampung

Rasa lega rasa tak percaya.

aku akan pulang ke kampung hari ne.

puas dan gumbira sampai ahad.

makan kenyang sampai buncit.

peluk mama erat-erat.

sampai penat.


Regards,

mka

Sunday, May 16, 2010

Kisah S-I-B-U

Bulan lepas negara kita menyaksikan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor BN telah memenagi dengan majoriti 1725 undian mengalahkan calon PKR daripada PR (Pakatan Rakyat ). Kerusi tu dirampas daripada PKR selepas PRU 2008.

Semalam pulak berlangsungnya Pilih Raya Kecil Parilmen Sibu, tempat lahir member mka, Khairoul hehehe. Pada PRU 2008 BN yang mendominasi kerusi Sibu. Tapi semalam keputusan berpihak pada DAP daripada PR dengan majoriti kecil 395 undi.

Macam fair pulak kan tapi semua kuasa di tangan rakyat. Di Hulu Selangor, rakyat memilih BN tapi di Sibu rakyat memilih PR pulak. Jadi kepada calon2 kedua2 kawasan yang menang, tunaikanlah janji2 manifesto anda. ^_^

Regards,

mka

Kisah Baling Kapur

Maih ingat lagi dulu waktu mka kena baling kapur dalam kelas. Sebab bersembang time cikgu mengajar kat depan. Ada jugak kawan2 yang nakal time tu letak kapur di sekeliling meja untuk kenakan kawan2 lain. So bila budak2 lain gi sandar kat meja tu maka putihlah seluar blue black time tu.


Mka pernah jugak kena ketok ketampi diluar kelas gara2 fail subject. Ada juga ustaz yang menghempaskan kamus al-marbawi pada kepala2 yang lupa membawa kamus tebal tu. Kalau tak hafal hadis ustaz akan cubit "tetek". hahaha kelakar pulak kalau kenang balik zaman sekolah dulu. Nasib baik la sekolah mka semua lelaki.


Gelagat guru2, ustaz dan ustazah kita sometimes tu memang kelakar. Ada yang emotional sampai baling buku amali sains sampai jatuh atas bumbung. Ada yang aggresive sangat sampai panggil budak2 yang ponteng kelas guna alat pembesar suara so that satu sekolah boleh dengar.

mka masih ingat lagu "Terima Kasih Cikgu" yang kitorang menyanyi time assembly kat SKSKB Alor Star dulu...

Hari pertama masuk sekolah..
Tak pandai membaca mengira...
Tetapi cikgu begitu tabah...
Mengajar kami sungguh2....

Bermula ABC sampai Z....
Hitung satu sampai sepuluh....
Baru ejaan dan kira2...
Kami belajar dengan lancar....

Berkat kesabaran....
Guru bijaksana....
Memberi pelbagai petunjuk...
Hari demi hari ..
Kami pun mengerti...
Pelajaran nilai nya tinggi....

Kami ingat setiap masa....
Jasa guru pendidik bangsa..
Sambutlah ini ucapan kami....
TERIMA KASIH CIKGU.....


Sedih pulak bila mka nyanyi lagu ne sorang2. Memang betul cakap abang mka yang juga seorang guru, "seorang PTD, Pengarah Kesihatan, Inspektor Polis, Menteri, Ahli Parlimen semuanya pernah belajar dengan insan yang dipanggil cikgu".


Tanpa cikgu2 yang telah banyak mendidik kita selama 11 tahun di sekolah, kita hari ne bukan lah siapa2. Sama ada cikgu tu garang, baik, emotional, kelakar, serius, ganas atau kata lah apa saja namun mereka tetap mengajar murid2 tanpa rasa iri hati, sakit hati mahupun bias.


Jangan pernah menyesal jika menjadi seorang cikgu. Pahala tiada putus walau nafas tersekat dibumi, dibawa ke langit. Ilmu2 berguna itu menjadi pedoman pada murid2 dan menjadi cahaya dalam jiwa kita. Tahniah pada semua cikgu di mana jua kalian berada. Selamat Hari Guru 2010.


Regards,

mka

Thursday, May 13, 2010

Kisah Aku dan Merdeka!!!

Puas mka tergolek terguling atas katil. Nak tahu kepapa? Sebab mka tengah memerah otak cari idea nak buat PSA. mka nak hantar ke Festival Filem kat UPM nanti. Masa dah suntuk tapi idea memang kering.



mka dah siapkan satu skrip PSA, then mka nak direct satu lagi. Bukan tamak tapi sebagai back up. Tadi pun baru balik dari sekolah kat Gombak. Cuak jugak mka, Rol dengan Sapik pegi shoot tengah2 panas tunggu budak2 balik sekolah td.


Now tengah cari pelakon kanak2 lelaki dan seorang lelaki berumur lingkungan lewat 20an. Susah jugak nak cari pelakon kanak2 ne. Ada la few names tapi kena reject!!! Sapa yang ada idea tolonglah inform mka. Kita share la idea and we can develop from the root idea. Tema dia nak tahu tak apa? Aku dan Merdeka!!!





Regards,



mka

Wednesday, May 12, 2010

Kisah Nokhtah Cinta

Jiwang lak kali ne. Within this week entah kenapa lagu ne kerap sangat ke udara di radio. mka suka sangat dengan lagu terbaru Hafiz. mka terpikat dengan vokal Hafiz dan mungkin juga liriknya yang berkesan. Bravo Hafiz macam ne la yang kita nak. Bila penyanyi tahu untuk memilih lagu-lagu untuk di rakamkan ke dalam album, baru lah menghasilkan naskah yang berkualiti. Klip video lagu ne pun best juga. Besh~~!!

NOKHTAH CINTA
Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya


Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya
Jom karok lagu ne nanti... ^_^
Regards,
mka

Kisah Ikan Patin Masak Tempoyak




Assalamualaikum semua, last weekend syahril nak balik kampung so mka decide nak ikut dia balik sama. We went there on Friday evening till Sunday. That was not my first time went to his kampung. Sebelum ne pun pernah juga ikut dia and mka pun dah kenal family syahril.


Tak ada apa sangat kat Temerloh tu selain mendapat jolokan Bandar Ikan Patin. mka memang mengidam nak makan ikan patin masak tempoyak. on Saturday, kami attend kenduri school mate Syahril kat Bera. Ya Tuhan punya lah panas cuaca kat sana. memang bermandikan peluh, minum air pun still panas, macam nak terjun dalam bath tab yang ada ais.


Petang Sabtu mka, Syahri, Nadia, Wani, Farid and Haziq lepak kat Esplanade Temerloh pekena laicikang, jalan2 tepi sungai Pahang then makan kuiw teow kerang yang sedap kat TJ. Seumpama bandar yang lumpur disebelah malam sebab Temerloh hampir sunyi menjelang 9 malam. terus teringat bandaraya ku Alor Setar hehehehehe...





Ahad pula, mka visit ayah saudara mka yang dah setahun tak jumpa di Felda Jengka. Lepak2 kejap sambil bermain toys kereta robot dan bas sorong dengan my nephew Zikri yang chomel, lepas tu dapat panggilan ikan patin masak tempoyak from Syahril's mum.


Sampai rumah, mka terus menghadap ikan patinmasak tempoyak yang sedap amat sangat. Thank mak Syahril masak paling sedap tapi terlupa pulak mka nak tanya resepi. Petang tu terus bergegas balik KL mendaki gagah Lebuhraya Karak dan sampai secepat sebab mka ada dua Mid Term exam plus satu presentation.





Well atleast weekend mka bukan lah berpasangan sunyi dan boring. Cheer ^_^


Regards,

mka

Sunday, May 9, 2010

Kisah Lipat Kain




Semalam, 9 Mei 2010, aku berada di Pahang. Aku tahu semalam merupakan Mother's Day. So semua mothers in the world celebreated their day. Tapi ada je yang tak celebrate. Mungkin anak-anak tinggal jauh di bandar, ada juga anaknya baru berusia beberapa bulan, ada juga anak yang sudah melupakan hari tersebut.
mka wish mama petang semalam. Agak lewat tapi atleast mka ingat jugak kat mama.



mka : Happy Mother's Day mama. We love you ^_^
mama : Thank you.




mama mka bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke 52 pada Jun depan. mesti mama happy sebab menjelang birthday mama nanti, mama bakal mendapat seorang menantu buat pertama kalinya. mka rasa that's the greatest present in her life. Hadiah buat mama.


mka dengan mama memang rapat berbanding abah. kalau mama call atleast mesti bergayut setengah jam. tapi kalau abah call tak sampai seminit pun heheheh. mama best sebab pandai masak walaupun lately mka pulak yang ajar resepi2 baru kat mama.


mama mka seorang yang protective. kalau anak2 dia buat salah nanti mama akan back up bila abah tanya. kalau nak duit mama juga lah yang jadi orang tengah antara kami dan abah. Walhal abah yang nak bagi duit tu kan tapi kami tak berani nak minta direct kat abah.


mka memang mewarisi hobi mama which is "lipat kain". berbanding abang yang suka basuh pinggan tapi mka lebih enjoy melipat kain. satu lagi mama mka memang suka gardening. Dekat halaman rumah tu memang penuh dengan pokok2 yang mama tanam. kalau sesapa datang rumah mesti isterinya si pulan tu nak minta benih pokok kat mama.


mama tak akan decide untuk beli kain kat store selagi mka tak approve. kalau mama dah suka dengan design kain dia akan tanya abah. Then abah pulak akan tanya mka. Adik2 mka memang dah lali dengan situation tu. Muka diorang yang memberontak penuh sebab tak suka masuk kedai kain.


mka akan sentiasa sayang mama dan mka dah berjanji dengan mama nak membantu family bila mka dah bekerja nanti. InsyaAllah... mka berterima kasih yang paling banyak sebab mama telah banyak berkorban untuk mka yang degil dan cerewet ne. mka doakan agar mama sentiasa sihat dan happy sokmo. mka sayang mama ^_^


Regards,


mka

Thursday, May 6, 2010

Kisah Raja Muda

Terdetik dihati mka kala ini perasaan gembira, suka, duka dan gemuruh. Kenapa pula agaknya dengan lelaki ini? Sebenarnya jika dihitung tinggal sebulan saja lagi abang mka akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya. Inilah perkahwinan pertama dalam sejarah keluarga mka sama ada dikalangan adik beradik mka mahupun sepupu sepapat mka.



Abah mka awal-awal lagi dah melantik mka sebagai Wedding Manager. Jadi segala persiapan mka bersama parent yang handle. Dari perihal catering, pelamin, kad jemputan, persalinan pengantin, kamar pengantin, dan benda2 lain memang mka dan parent yang decide.

Jarak umur mka dengan abang 5 tahun. Kami pernah bersekolah di sekolah yang sama. Time abang darjah 6 dia dilantik jadi ketua pengawas. So mka memang menggunakan kuasa veto yang ada ditangan abang sepenuhnya untuk kepentingan mka masa tu. hehehehehe. Pernah suatu ketika, doktor datang sekolah, so semua pupils darjah 1 & 6 memang kena inject. mka punya takut kena inject sampai menjerit dan menangis dalam kelas sampai abang mka kena datang pujuk. mka dapat special treatment from those nurses yang kawan2 mka tak dapat. Bijak jugak kan mka ne. syyyhhh jangan habaq kat depa tau...



Time mka form 1 pulak, abang mka tengan tunggu SPM. So result pun keluar and abang mka dapat further study kat UUM. First night abang mka tak ada kat rumah, mka menangis sepanjang malam tak dapat tidur sebab abang tak ada kat sebelah. mka dengan abang kongsi bilik and that was the first time mka and family "berpisah" dengan abang.
Masa zaman budak2, mka memang selalu dibuli dengan abang, kena sepak kena tumbuk je dengan abang. Sebagai balasan, mka saja kuatkan "sound" menangis sebab nak bagi abah dengar. So, lepas tu abang kena la "belasah" dengan abah. sebab tu family menggelarkan mka "pengapit buruk", abang mka pulak menggelarkan mka "Raja Muda" sebab mka sebagai anak kedua kena pangku anak sulung sepanjang 4 tahun abang kat UUM.



Bila abang dah kerja ramai orang tanya "bila lagi nak kahwin" sampai arwah datuk mka tak sempat nak tengok cucu sulungnya naik pelamin. Beberapa kali abang kecewa dengan gadis2 pilihan hati, last year mak cik mka ambil inisiatif untuk temukan abang dengan kenalan kepada nurul, sepupu mka. Abang, mka, kak long dan nurul masa tu on the way back to KL. so kami singgah di Penang untuk jumpa dengan kawan kepada nurul tadi. Tak sangka pula abang jatuh hati dengan gadis tadi dan decide untuk mengikat tali pertunangan on 14 February 2010.

Keluarga kedua2 belah pihak pun bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 5 Jun 2010. Rupanya tak sampai sebulan je lagi abang akan berkahwin dengan gadis tu. Alhamdulillah segala perancangan sedang ligat dijalankan dan majlis pihak lelaki bakal berlangsung pada 7 Jun 2010. mka dan seisi keluarga gembira dan kami memang tak sabar2 nak tunggu detik indah tu. Tapi mka sendiri rasa sayu sebab mka hanya ada seorang abang. Dia tak pernah kenal erti marah, kedekut mahupun berkata "tidak". Dia adalah sebaik2 lelaki yang pernah mka kenal. cool, relax, tenang memang sifat dia.

Sebab tu juga nenek mka lebih suka naik kereta dengan abang sebab dia tak perlu baca doa sepanjang jalan, unlike mka nenek akan baca doa start dari rumah till ke tempat yang dituju tanpa henti. hahahah funny kan nenek mka ne. mka nak neutralkan feeling ne sehinggalah ke detik indah tu. no sad no cry, smile and cheer.

Regards,
mka

Monday, May 3, 2010

Kisah Pass Masuk


Malam minggu 2 Mei 2010, mka berkesempatan menghadiri Anugerah Industri Muzik ke 17 di PWTC. Itu pun setelah mka dapat pass masuk daripada seorang teman mka yang berkerja di sebuah stesen radio swasta "Muzik Terbaik Tanpa Henti". Last minute dapat terus besetuju untuk pergi bersama Syahril. Rasa excited and happy sangat sebab mka memang suke dengan pendedahan benda2 macam ne.

So, pukul 8.00 malam mka berjumpa dengan teman mka untuk dapatkan pass masuk then 8.40 malam mka pun masuk dalam dewan Merdeka. mka pilih seat paling dekat dengan stage yang turut kelihatan disitu ialah Ziana Zain no. 2 "katanye". Tepat 9.00 malam bermulalah anugerah yang "live" di NTV7 dan HOT fm di hoskan oleh Afdlin Shauki dan Kak Dibah Nor.




Dato' Siti dan KD membuka tirai dengan lagu "Jika Kau Tak Datang" dan semestinya mendapat sorakkan gemuruh oleh CT Zoners yang berada di dalam dewan. mka sempat berseloroh dengan Syahril "Malam ne aku support CT lah sebab tak ada calon favorite aku". sbb mka bukan lah peminat CT.

Anugerah pertama juga dimenangi oleh CT dan KD melalui pencalonan lagu Amarah dalam Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik. Bravo CTKD...!!! Antara persembahan yang mka suka juga ialah Faizal Tahir lagu Selamat Malam dan Cinta Ada dendangan Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong.




So, congratulation to Yuna sebab menang empat anugerah termasuk lagu terbaik "Dan Sebenarnya", Faizal Tahir dua anugerah iaitu album Rock Terbaik dan Album Terbaik melalui "Adrenalin", Dato' CT juga terus handal mempertahankan anugerah keramatnya dalam Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Wanita kali ke 13.




Memang kemampuan vokal CT sukar dinafikan kehebatannya, namun mka juga rasa penyanyi wanita lain juga harus diberi peluang untuk menang. Jika CT tewas dalam ketogori ne bukan bermakna dia gagal sebab 13 tahun sudah cukup membuktikan kehebatannya. Tapi jika di lihat di negara barat, mereka lebih appreciate setiap bakat yang ada dan setiap tahun pasti ada pemenang baru yang menbawa pulang anugerah itu. Lihat saja sejarah Grammy, Cristina Aguilera, Norah Jones, Alicia Keys, Beyonce antara bakat yang hebat diberi pengikrafan vokal.

AIM 17 di akhiri dengan segmen ala2 Glee oleh various artis membawakan lagu "Satu Harapan". So, this year mka dapat lihat anugerah yang diberi equally, dan semua result dipersetujui oleh semua pihak. Tahniah juga to Dayang Nurfaizah yang memenangi Album Pop Terbaik. Finally Dayang diberi peluang untuk menggenggam ketogori paling panas di AIM.





mka dengan Syaril bergegas pulang sebelum anugerah tamat sebab takut gate tutup heheheh. Dinner pun tak sempat so mka masak maggie je sebelum tidur. Then sleeping time sebab Monday morning ada kelas pukul 10. Thanks to my friend for the ticket.

Habis.

Regards,
mka