Monday, May 3, 2010

Kisah Pass Masuk


Malam minggu 2 Mei 2010, mka berkesempatan menghadiri Anugerah Industri Muzik ke 17 di PWTC. Itu pun setelah mka dapat pass masuk daripada seorang teman mka yang berkerja di sebuah stesen radio swasta "Muzik Terbaik Tanpa Henti". Last minute dapat terus besetuju untuk pergi bersama Syahril. Rasa excited and happy sangat sebab mka memang suke dengan pendedahan benda2 macam ne.

So, pukul 8.00 malam mka berjumpa dengan teman mka untuk dapatkan pass masuk then 8.40 malam mka pun masuk dalam dewan Merdeka. mka pilih seat paling dekat dengan stage yang turut kelihatan disitu ialah Ziana Zain no. 2 "katanye". Tepat 9.00 malam bermulalah anugerah yang "live" di NTV7 dan HOT fm di hoskan oleh Afdlin Shauki dan Kak Dibah Nor.




Dato' Siti dan KD membuka tirai dengan lagu "Jika Kau Tak Datang" dan semestinya mendapat sorakkan gemuruh oleh CT Zoners yang berada di dalam dewan. mka sempat berseloroh dengan Syahril "Malam ne aku support CT lah sebab tak ada calon favorite aku". sbb mka bukan lah peminat CT.

Anugerah pertama juga dimenangi oleh CT dan KD melalui pencalonan lagu Amarah dalam Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik. Bravo CTKD...!!! Antara persembahan yang mka suka juga ialah Faizal Tahir lagu Selamat Malam dan Cinta Ada dendangan Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor dan Karen Kong.




So, congratulation to Yuna sebab menang empat anugerah termasuk lagu terbaik "Dan Sebenarnya", Faizal Tahir dua anugerah iaitu album Rock Terbaik dan Album Terbaik melalui "Adrenalin", Dato' CT juga terus handal mempertahankan anugerah keramatnya dalam Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Wanita kali ke 13.




Memang kemampuan vokal CT sukar dinafikan kehebatannya, namun mka juga rasa penyanyi wanita lain juga harus diberi peluang untuk menang. Jika CT tewas dalam ketogori ne bukan bermakna dia gagal sebab 13 tahun sudah cukup membuktikan kehebatannya. Tapi jika di lihat di negara barat, mereka lebih appreciate setiap bakat yang ada dan setiap tahun pasti ada pemenang baru yang menbawa pulang anugerah itu. Lihat saja sejarah Grammy, Cristina Aguilera, Norah Jones, Alicia Keys, Beyonce antara bakat yang hebat diberi pengikrafan vokal.

AIM 17 di akhiri dengan segmen ala2 Glee oleh various artis membawakan lagu "Satu Harapan". So, this year mka dapat lihat anugerah yang diberi equally, dan semua result dipersetujui oleh semua pihak. Tahniah juga to Dayang Nurfaizah yang memenangi Album Pop Terbaik. Finally Dayang diberi peluang untuk menggenggam ketogori paling panas di AIM.





mka dengan Syaril bergegas pulang sebelum anugerah tamat sebab takut gate tutup heheheh. Dinner pun tak sempat so mka masak maggie je sebelum tidur. Then sleeping time sebab Monday morning ada kelas pukul 10. Thanks to my friend for the ticket.

Habis.

Regards,
mka