Monday, April 26, 2010

Kisah Menjaga Hati

Aite semua... yesterday, April 26, 2010 meninggalkan sejarah hidup yang baru dalam diri mka. Semalaman tak dapat tido sebab mengenangkan kisah yang terpalit dalam lipatan kenangan mka. So, pukul 2 pagi mka bangun mencapai pen dan kertas lalu menulis bingkisan ne. mka tujukan pada dia yang mengerti akan maksudnya.





Dulu,

Mengapa kau lekas berkata,

Aku dicinta malah dipuja,

Mengapa kau lekas berjanji,

Pergi bermadu dan suasa hendak dibeli,

Mengapa kau lekas memilih,

Febuari tiga termetrai cinta,

Mengapa kau lekas berikrar,

Menanti, menjaga, berkongsi bertahun...


Kini,

Mengapa kau lekas berubah,
Janji berpaling jadi pendusta,

Mengapa kau lekas menokhtah,

Ribut sengketa alasan tiada,

Mengapa kau lekas pergi,

Saat aku perlu mu disisi,

Mengapa kau jadi begini,
Akhirnya aku menjadi mangsa kecewa...


mka

26-04-2010


mka tak tau dimana salah dan silap tapi yang pasti mka menjaga hati setiap yang berdiri di antara mka dan dia. Mungkin pasti ada alasan disebalik semua yang berlaku. mka redha dan tetap teguh berdiri sendiri lagi. bukan alasan untuk berhenti atau menoleh kebelakang tapi mka akan terus berjalan tanpa henti mencari kesempurnaan yang dicari.





Terima kasih untuk segalanya tak terkira tak terhitung hendaknya. Apa yang pasti Tuhan pasti membalas diatas setiap kebaikan insan itu dan setiap keburukan kita di dunia ini. Itu janji Dia. Bukan seperti janji manusia yang bisa bocor dan melupai. Pasti Tuhan ada sesuatu juga untuk insan yang memungkiri janji.




mka pohon kemaafan seandainya mka bersalah dalam hal sebegini. Mungkin juga mka tersilap menjaring cahaya kerana mata yang tersilau. Apa yang hakiki hati mka terluka, hampa dan kecewa. Kini aku bersendiri lagi.


regards,
MKA.