Tuesday, January 25, 2011

KISAH CORONG GARAU FASHA SANDA

Hari ni setelah pagi celik semula. telinga kembang kuali. terdengar suara garau lelaki di corong pemancar bunyi.

"Apa lagi berita yang panas pagi ini? selain cinta Fasha Sanda dan Jejai terputus? anda boleh menelefon kami sekarang. blablabla..." kata suara garau itu.

Mata terkebil-kebil laju. telinga memancing sesuatu dari corong pemancar bunyi. hendak percaya ke tak. tapi tak kan pulak suara garau berdusta.

Terkenang detik hari tu. suara garau itu bertutur. di hari-hari baru 2011. "Ini dia anatara 10 perkara yang dinanti-nanti pada 2011. blablabla... dan ditangga pertama ialah perkahwian Fasha Sanda dan Jejai"katanya.

alamak! apa sudah jadi Fasha Sanda. aku capai keyboard dan mencari beautifulnara. nah memang betul! terdedah gambar sejoli.

Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu sahaja,
bisik Fasha Sanda pada aku. heh! :p

Ada sape2 nak masuk line selepas Jejai?

Aku capai tuala. lilit dipinggang. jom mandi!

great morning everyone!



:)