Tuesday, July 26, 2011

KISAH TAK PIJAK BUMI



Lapan bulan ternanti. menghitung hari-hari sunyi.
aku sepi sendiri. yang paling pasti.
bukan mata tak mencari. bukan hati tak meminta.
mungkin tiada juga yang ketahui. aku duduk di lantai kayu.
meratapi hari yang malang. yang terpesong dari hiruk pekik kota.

satu hari. pada 3 bulan yang pergi.
aku jatuh hati. pada dia yang tinggi.
tiap hari dia mengibar hati. memancing puing-puing hati.
yang melayang direruang kantor. tapi aku tak berani.
takut kalah pada hakikat. jadi aku diam dibawah kerusi.

nak menyapa dia yang tinggi? aku tak berani.
apatah lagi nak luah isi hati. aku lagi tak berani.
sampai bila lampu isyarat merah ini. sampai bila akan bertukar hijau?
tapi aku sentiasa dibawah kerusi ini. kau carilah aku nanti.
kalau kau cinta pada hati. yang terukir nama aku.



15 Julai 2011
Taman Permata