Tuesday, December 28, 2010

KISAH BUAH HATI

Kebelakangan ne ramai je yang cakap pasal buah hati. Senang sangat meniti di bibir2 sang suara.

Mungkin musim sekarang musim orang bercinta dan bernikah. Nadiah baru 2 bulan putus terpaksa selepas 4 tahun menjaja nama budak paling aku tak suka tu senang pulak dapat 'replacement'.

Kak long pun katanya Januari ne dah setahun kenal hati budi abang paling sibuk sekali di Lembah Klang.

Adik aku baru dapat persis Scha Al-Yahya sebagai pengganti kepada 'Misi' yang aku boikot. Semuanya mudah mencari semula hati yang pergi.

Aisyah pun kalau bercerita mesti terselit soal hati walaupun dia bukan dalam list orang berkasih. Mungkin sebab dia amat gemar 'Tinggalkan Aku' pelantun Abg Nua.

Alawiah pun sama walaupun 'silence' is better for her tapi air muka jelas kelihatan tenang dengan cintanya.

Tak kurang teman2 handai yang bertemu jodoh dengan mudah di usia muda seperti aku dan adik2 aku.

Aku pun tak hairan kalau mama dengan abah tak pernah tanya pasal cinta apatah lagi kahwin. Tak pernah macam mak Aisyah yang glam tu tanya dia 'Aisyah dah ada kawan belum?'...

Tapi mak cik aku tersayang selalu lah jugak tanya 'Kawan orang mana? KL ka Kelantan ka Kedah kita jugak'... tergelak aku tiap kali dia acu soalan tu.

Bak kata Remy, 'Kalau Amry kahwin aku pun kahwin la jugak, nanti aku tak de kawan dah la'...

Maka, tunggu lah aku sehingga aku betul2 mahu mencari teman hidup. Buat masa ne aku tak perlu ditemani oleh sesiapa. Maksud aku yg istimewa. Aku baru mahu terbang so, aku mahu kembara ke tanah Tuhan yang luas.

Don't find love... right?