Thursday, January 20, 2011

KISAH RINDU

Rindu 1

"Aku ingin engkau ada di sini menemaniku saat sepi menemaniku saat gundah. Aku rindu setengah mati kepadamu sungguh ku ingin kau tahu aku rindu setengah mati" - Rindu Setengah Mati (D'Masiv)

Begitulah aku amat memerlukan dia. Feeling yang bersiar-siar didalam hati. Tika ini. Hati hanya padanya. Bila aku pejam mata. Bila aku terjaga.

Hanya Mama sentiasa di benak minda. Dialah kekasih aku yang sentiasa bersama aku. Dari umurku satu hari. Aku rindu benar. Pada Mama.

Dah lama aku tak balik kampung. Sebab kerja yang tak sudah-sudah.

Rindu 2

Bila tengok clip-clip Zojan Raja Lawak. "Tin tang ting tang alexender". Kelakar habis. Ketawa besar sampai lenguh pipi. Terdetik rasa rindu nak ke dapur.

Last time
masuk dapur. Aku accident kat dapur. Melecur tapak tangan kiri sampai tukar color merah. Semerah hati lembu. Ibu jari kiri sampai nampak kulit.

Parut masih segar sampai hari ni. Gara-gara nak jadi superhero. Selamatkan kuali besar ayam masak merah.

Abah dengan mama buat makan-makan. Sempena Aidiladha. Kalau satu kuali terbalik. Tetamu nak makan apa nanti. Itulah alasan aku. Itulah kerisauan aku.

Tapi kenapa aku tak menyempat nak capai kain dulu. Sebelum pegang kuali yang tengah membuak-buak tu.

Well, itulah superhero. Heh! Mama kata. Patutla aku beriya nak selamatkan kuali tu. Sebab aku tak makan daging lol!!! Memang benar belaka kata Mama. Heh!

Timbul pulak perasaan phobia. Hari tu aku tolong guide kan Nadiah je. Nak masak Pasta untuk Wak Zaki bakal suami. Tak dapat nak tolong. Sebab parut lama pun terpandang-pandang masih.

Tapi memang rindu sangat nak masak. Nak masak untuk family. Mama rehat dengan kakak rehat. Tak sabar rasa nak balik rumah.

Nak buat kek chocolate strawberry dengan cheese cake carrot. Semalam baru ambil resepi baru. Dessert from Turkey. Namanya Muhollabe. Thanks Bethol Busra. Nanti I try buat okay!

My favorite cuisine. Nasi Lemak Chicken Rendang. Favorite abah jugak. Tiap kali adik beradik buat gathering. Mesti abah suruh buat Nasi Lemak Daun Pisang.


Lapar la pulak. Heh!



:)