Friday, January 21, 2011

KISAH KUDA KEPANG

Kadang kala Tuhan sengaja nak menduga kita. Nak tengok setinggi mana kesabaran kita mampu bertahan. Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Hatta sehingga ke semua penjuru hidup. kanak-kanak. muda mudi. lelaki, perempuan hatta pondan. Cantik, kacak, hodoh mahupun buruk. Semuanya terpalit kepayahan menyusuri jalan yang penuh liku. Ini bumi Dia. Ingat tu!!!

Mungkin ada hati tak senang. Kisah yang ini. Januari yang penuh warna kusam. Tak ceria. Tak lantang.

Teman handai sangat besar ertinya. pada aku pada seluruhnya. Gembira canda aku dengan mereka. maka bahagialah aku menari atas dunia. Jika sebaliknya? maka sebaliknya juga.

Cinta aku pergi. bermusababkan kawan handai. bukan menjadi perosak. tapi cinta itu enggan memahami. enggan menerima.

hakikat betapa kawan lebih tinggi darjat. berbanding cinta. akhirnya cinta pergi. tapi kawan setia. aku tak bodoh. memilih keputusan itu. benar sekali.

Dahulu kala. aku ghairah menari di bumi. dengan teman-teman setia sejati. Berkongsi seribu citra. membias pancawarna.

Mereka jua pergi. Hanya yang tinggal. yang tertinggal. yang ini memang payah. aku kenalkan dunia. satu persatu ditunjuk. Inilah DUNIA!!! walau tak penuh.

Tatkala tarian rancak menari. mengenal lantai-lantai di paksi. mereka jugak pergi. dengan riak berkuda kepang. yang tinggal. yang memang tertinggal.

Aduh, sangka aku mereka baru mengenal dunia. jadi terkhayal seketika. sombong tak berpeta. giliran mereka menari ghairah. sedang aku ditutup tempurung. bisa melihat dari lubang kecil. keangkuhan mereka menari.

Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tak selalu Dia letakkan kita di darat. Ada kala di lautan. Mungkin yang tenang. atau yang bergelora. Kalau di darat pun. Sekejap di atas seketika dibawah.

Konklusi, aku ditetapkan Tuhan. berada dibawah pula. dan mereka sayup di puncak bukit meraka. tak seperti aku yang jatuh pokok.

Tuhan merancang apa untuk aku? Nescaya sesuatu yang lebih hebat. Harga yang perlu dibayar untuk kesabarn. Nantilah. Tuhan tunjuk. Tuhan nak beri. tapi lambat sikit.

Aku dan pernah merasa. Jadi tiada ungkapan ralat terlukis dihati. Tiba masanya pula aku dibawah lautan yang berombak rancak. Dalam jiwa yang rombeng ni. Biarlah aku sendiri melawan sepi. Reda dengan kehendak Illahi.

Biar kawan pergi waktu susah begini. Aku tidak akan mencari. Hanya sebagai liburan hati. untuk gelak gempita sahaja? yang tak kekal. Sehingga aku pergi mencari. Bila aku senang kembali. Berkawan waktu senang aku saja. bukan waktu-waktu begini.

Hati-hati berkuda kepang teman handai. Selamat bergempita. Takut nanti jatuh. Macam aku. Dibuang dipandang hina.

Terima kasih Syahril. Memberi ubat rindu. pada aku. Ingat pesan Jaclyn Victor - Cinta Tiada Akhirnya.


Aku pergi tidur dulu. Selamat Malam Ziana Zain.


:(