Sunday, February 27, 2011

KISAH CINTA TERINDAH

Alhamdulillah aku teramat bersyukur pada Pencipta dan Pemilik alam semesta. dihadiahkan pada aku sebuah pengalaman yang mahal dan indah. aku pasti merindu paling dalam moment-moment pelangi itu.

Sepanjang 6 hari disana ditemani best friend forever yang aku kenal sejak 1999 di maktab. aku bersyukur kerana Tuhan menemukan aku dengan insan hebat ni. dialah tourist guide yang memacu perodua avanza. Thank you buddy.. heh

Jatuh cinta pabila melihat keindahan dunia yang serba baru dimata. Inilah cinta baru yang aku jumpa. memang jauh. paling jauh setakat ini. aku temu cinta ini. cinta yang jauh dimata. ciptaan Tuhan untuk kita semua.

Gunung yang paling indah dimata. Sungai yang paling suci. Alam semulajadi yang paling segar. lautan yang paling luas. senja yang paling merah. lurah paling curam. semuanya Tuhan telah jelmakan dimata aku.

tersedar dari lamunan cinta, aku temui definasi cinta yang baru. Terima kasih Tuhan.


aku menangis kerana aku merasai Kebesaran Nya :'(