Sunday, February 27, 2011

KISAH PARTY PERPISAHAN

Kapal terbang mendarat lewat. aku pun tiba lewat. tidur paling lewat. niatnya tak mahu balik. biarlah burn tiket kapal terbang. entahlah. berat hati nak tinggalkan tempat tu.

Aku bangun paling lewat jugak. mata celik tatkala pukul 12.35 noon. ohh hari ni ada party perpisahan. perpisahan antara dia, kami dan mereka.

sampai di studio. orang makin ramai. terpampamg video aku di layar putih. arrghh malunya. aku sorok di dalam news room. keluarkan cheese carrot cake buatan tangan.

lampu dibuka. aku capai pinggan. nasi dan ayam masak merah menjadi santapan tengahari ni. enak belaka rezeki Tuhan hari ni. maklum sajalah free kan. heh

sekarang mereka itu sedang menyanyi riang. untuk menutup ruang2 kesedihan. seperti juga hati aku. yang sedih. pabila harus meninggalkan tempat itu. aku tak boleh lagi nak buka 2 biji camera yang merakamkan detik2 indah.

takut sedih sebab kat sana seronok. hilang seketika masalah di ibu kota canggih. kat sini sepi dibalik hiruk pikuk manusia.

terus saja aku download lagu Unic (Atas Nama Cinta), Edcoustic (Muhasabah Cinta) dan jugak Star Five (Satu Cinta).

Harapnya setiap pandangan mata disana dirakam disebalik lagu2 ini. Terima kasih sekalung pengucapan buat Naim.

teman agung paling ulung. sekarang hang dah boleh kerja dengan tenang. simpan cuti untuk raya pulak okay. heh!




:D