Wednesday, March 2, 2011

KISAH KAPAL TERBANG DI KIMANIS

Suatu senja yang lewat. entah kenapa senja petang itu merajuk. dia tiba lewat. pendakian kami ke Kimanis bermula dikala senja itu tiba. walaupun lewat.

jalan-jalan ular itu dijelajahi. semakin lama semakin curam. semakin lama semakin sukar. bayu malam dan pawana menyelinap keseluruh kereta. cermin dibuka. untuk merasai angin malam.

tiba-tiba aku terlihat kapal terbang sedang melayang untuk mendarat. cahayanya jelas kelihatan. di atas paksi bumi itu kapal terbang semakin rendah.

aku nampak. jelas di mata. tapi tunggulah sampai di puncak banjaran Crocker. mungkin makin jelas kapal terbang yang bercahaya bulat tu.

masa berlalu, dan seketika aku tercari-cari. cahaya bulat yang bersinar-sinar tadi. ehh sudah hilang? cepatnye. aku tertunduk-tunduk mencari setiap penjuru Kimanis.

Dia bertanya, cari apa? aku jawab, tak ada apa-apalah. saja je tengok-tengok. aku mula berfikir sendiri. kapal terbang itu hendak ke mana. inikan banjaran yang berhutan.

seketika sampai di Keningau. kami tidur kenyang sampai selepas subuh. perjalanan dimulakan ke Kundasang. didalam kereta dia mula bercerita. tentang Kimanis dan perkara-perkara manis.

Dia mulakan cerita. ingat tak bila aku mula memecut semalam masa di Kimanis? aku kata, tak ingat sebab gelap kan. dia kata dia mula memecut laju sebelum tiba di satu jambatan.

ya memang aku sedar. memang laju. apatah lagi dijalan yang seperti ular. boleh pulak dia menjawab panggilan. dan membalas mesej. memang terer budak ni, hati aku kata.

dia kata, sejak dua menjak ni, ramai yang terserempak dengan seorang perempuan bersama bayi yang dikendung. berambut panjang. dan tunggu di bahu jambatan itu. termasuklah beberapa orang taxi driver dan dia sendiri terlihat kelibat perempuan itu.

aku pun bertanya semula padanya. ingat lagi masa aku tertunduk-tunduk mencari sesuatu. kau tegur aku, cari apa tu? dia kata, a'ah ingat, jadi kenapa?

aku cerita. aku terlihat cahaya bulat seperti kapal terbang yang hendak mendarat. di belah kanan Kimanis yang aku tau ialah gaung yang luas.

aku cerita lagi. bentuknya bulat. dan bewarna oren dan kuning kemerahan. ia seolah-olah terapung diangkasa. aku sangka kan bunga api atau api yang dilepaskan oleh kapal.

kemudian, dia terus menyebut. itu bukan kapal terbang. tapi sejenis makhluk halus berkepala dengan urat perut yang bercahaya. dia boleh tinggalkan badannya dirumah. dan hanya kepala yang terbang mencari makan.

Ya Rabbi, meremang bulu roma. sampai di KL aku google. aku tanya beberapa teman. ada yang cakap hantu penanggal. ada pula yang kata pelesit. dan orang Sabah memanggil balan-balan.

seram bila dengar cerita mereka. tapi kenapa aku je yang nampak. sedangkan dia tak nampak. atau mungkin dia nampak. tapi cakap tak nampak. entahlah hanya Tuhan yang tahu.

tak mengapa. itulah pengalaman mata aku. di Kimanis yang khabarnya memang manis keindahannya. insyaAllah aku pasti kembali. sama seperti Kinabalu. aku mahu melihat pemandangan indah dipuncak Kimanis.

nantilah...



:D