Thursday, March 3, 2011

KISAH NASYID DAN HIDUP BARU

Tengahari tadi, aku bangun tidur. hahaha kantoi bangun lambat. yes I'm not a morning person. aku pasang cakera hitam di radio. cakera yang baru di burn few days ago.

aku capai tuala. lilit di pinggang yang sedikit membuncit. pergi mandi. 30 minit selepas bertafakur di dalam bilik air. aku mengeringkan badan. tiba-tiba, terdengar satu suara.

Suara: Amry, kau OK ke?

Aku : (kurang dengar suara itu, lalu slowkan radio) apa dia?

Suara: Kau Ok ke ni?

Aku : Maksud kau?

Suara: Yer la lately kau dengar lagu nasyid ni. kau OK ke?

Aku : hahahahah aku OK je aku OK jangan risau. (aku gelengkan kepala keseorangan dan senyum)


Pedoman : Kalau nak dengar lagu nasyid, dengarlah selepas dilahirkan ke dunia. jangan dengar bila dah besar.


Adakah lelaki yang memakai rantai dan seluar pendek ke KLCC dan berpeleseran hingga embun berhenti menitis tidak boleh dengar lagu nasyid?

Tuhan lebih tahu.