Friday, April 15, 2011

KISAH KERAK KERAS



Terasing bukan suatu sifat yang aneh dalam diri aku. jiwa ku terkadang bebar. terkadang riang.

kini, pagi aku ditemani seorang lelaki. dia senantiasa menumpang aku sampai Wangsa Maju. nama dia Tommy Page.

Aku pandu kereta. dia nyanyi riang. satu kereta dengar. kuat tahap 18. lagu yang sama saja. A shoulder to Cry on. sedap sangat suara dia.

terngiang masih di telinga aku. lagu tu didendangkan ke telinga aku. oleh seorang lagi hamba. tatkala di kotak merah mahupun hijau.

dia lah yang intoduce kan Tommy Page pada aku. sekarang, dia pergi tapi Tommy Page tinggal setia di sisi.

canggung bukan? tapi betapa rabak hati. tak siapa yang lancong. untuk bertanya. nasib baik Tommy Page masih setia.

hidup tak seperti dalam lagu A shoulder to Cry on. ada tapi banyak tak endah. alhasil, menangis di bahu sendiri dan bergantung pada kaki sendiri.


orang dulu kata, ada kerak, ada nasi. ada batang mati, adalah cendawan timbul. tapi pada aku. kerak masih keras, cendawan tumbuh tapi tak banyak umpama selepas hujan.




aman :)