Thursday, November 17, 2011

KISAH DUA PULUH V

Telah berlalu 24 tahun yang kembara keras dan patah. Langkah ringan menuju berat dan terselut di pantai. Hakikat ini aku berdiri kini 25 pula.

Beban makin memikul bahu. Terkadang ke kanan terkadang ke kiri. Semua pasti beres jika tahu susun papan sampai tak patah. Agar dapat menyeberang sungai Chao Praya yang luas dahaga.

Tak mahu mendaki terlalu tinggi kini. Tak juga mahu dibawah semata-mata. Aku mahu pergi dari sini menuju puncak tanpa titian pintas.

Aku mahu panjat sendiri Kinabalu. Aku mahu lalui sendiri titi gantung. Aku tak mahu daki dengan helikopter ke Kinabalu. Aku tak ingin guna bot lintas sungai.

Di dunia aku mahu dikenali. Bukan populariti. Tapi jasa dan bakti memahat pada hati rakyat kita. Aku menanam sendiri cita ini. Mahu mengukir nama yang senyum ke telinga.

Bukan mengukir nama pada punggung kuali. Hitamnya tak hilang bertahun daki. Pasti ada rezeki janji Tuhan. Andai kalian hamba berusaha dan buang jemu jauh.

Pada CINTA, aku kepingin walau pun entah dimana ia terbang. aku tunggu kau pulang. asal kau pulang mencari hati. yang bersawang.





-----> Alor Setar.