Thursday, November 17, 2011

KISAH KEMARAU

Salji pun tahu turun. Daun juga tak lupa gugur. Matahari tak jemu buka mata biar cerah alam semesta.

Tapi mana dia? Yang di eja C.I.N.T.A? rajuk panjang menghilang tak pulang. Ini acuan mu ini bekas mu.

Setelah dia pergi jauh ke negeri jajah. Aku pun tinggal sorang bawah meja. Putar corong suara. Jemput Tommy Page. Dia janji pinjamkan bahu.

"Dia tak mungkir kata"...bisik Tommy Page ke telinga aku. "Tapi dia tak jumpa roh cinta pada kau"...bisik Tommy lagi.

Siapa pula meninggalkan? Siapa juga ditinggalkan? Kau tipu aku kau lupa aku. Tak apalah! sampai aku jumpa keris panjang. Untuk aku tusuk ego kau.

Aku tak tewas. Tapi kau yang kalah. Aku tak menang. Tapi aku tak tewas. Kau pergilah dengan jet biru itu.

Kau pergilah negeri kincir yang kau sarung jersi world cup dulu. Aku tak kejar dengan jet Wau kita.

Aku tunggu C.I.N.T.A pulang dengan kapal laut. Mungkin lambat tapi pasti sampai nanti. Aku nak kau termenung melihat aku di muka kaca.

Dan berkata, "Dia lah yang aku puja.. dia lah yang tak kalah... dialah yang aku buang dulu... dia lah tak akan kembali pada aku"...

Itulah maksud ku. Setahun sudah berlalu. Dan kau text aku katakan kau pergi dulu setelah mencuba 6 bulan jahit luka. Tapi kau kata parut itu terbuka merah.

Kau balut luka dan pergi naik jet. Kau kejam! Aku tak mahu meraung. Aku nak kau meraung cari aku satu tika nanti.






------> Jalan Kuching.