Thursday, December 8, 2011

MAS CATAT KERUGIAN







Syarikat Penerbangan kebangsaan Malaysia Airline mencacat kerugian pada tiga suku berturut-turut tahun ini. Justeru, MAS menggariskan pelan perniagaan baru yang disifatkan sebagai langkah tidak popular tetapi berkesan bagi mengeluarkan syarikat itu daripada terus mengalami kerugian.


Antaranya ialah menghentikan laluan penerbangan yang tidak menguntungkan dan memperkenalkan anak syarikat penerbangan premium baru yang menumpukan kepada laluan jarak sederhana dan pendek di rantau Asia bagi mengembalikan semula keyakinan pelanggan dengan memanfaatkan penerimaan kumpulan pesawat baru serta meneruskan langkah penjimatan kos.


Antara laluan yang akan ditamatkan perkhidmatan ialah Cape Town, Buenos Aires dan Dubai. Manakala Rome dan Frankfurt juga turut diteliti.


MAS juga yakin dapat memenangi kembali keyakinan penumpangnya menerusi 23 pesawat baru iaitu 5 buah A380, 5 buah A330 dan 13 buah 737-800 tahun hadapan.

SUMBER : BERNAMA