Thursday, August 2, 2012

FIREFLY TERBANG DARI KOTA BHARU KE SINGAPURA

Syarikat Penerbangan Komuniti, Firefly akan mengembangkan lagi operasinya di Pantai Timur Semenanjung dengan memperkenalkan laluan terbaru Kota Bharu ke Singapura.

Destinasi terbaru itu akan bermula pada 10 Ogos 2012 dengan kekerapan 4 penerbangan seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.




Kota Bharu juga dipilih berdasarkan kedudukannya berhampiran pintu masuk utama ke Pulau Perhentian. Ia dijangka dapat menarik ramai pelancong asing dari Singapura untuk melancong ke pulau yang terkenal dengan aktiviti laut seperti skuba diving dan snorkeling itu.


Malaysia Airlines dan AirAsia mengendalikan laluan KLIA - Kota Bharu - KLIA, manakala Firefly turut memiliki laluan lain ke Kota Bharu seperti dari Subang, Pulau Pinang dan Johor Baharu.


Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu mengendalikan 1.1 juta penumpang pada 2011.