Thursday, July 12, 2012

PEMENANG ANUGERAH SKYTRAX 2012

Anugerah Skytrax World Airlines 2012 diumumkan semalam di Farnborough Air Show, United Kingdom. Dan berikut senarai pemenang katogeri utama;

Airlines of the Year 
Qatar Airways

World's Best Cabin Staff
Malaysia Airlines

World's Best First Class Airlines
Etihad Airways


World's Best Business Class Airlines
Cathay Pacific Airways

World's Best Economy Class Airlines
Singapore Airlines

Best Airlines Catering Signature 
Malaysia Airlines

Best In-flight Entertainment
Emirates

World's Best Low Cost Airlines
Air Asia


Well, saya lihat kejayaan Qatar Airways sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia buat tahun kedua berturut-turut memang suatu jangkaan yang besar buat team Qatar Airways. Bertepatan dengan kecemerlangan service yang consistent serta keselesaan kabin yang sungguh memuaskan, anugerah ini jarang sekali dimenangi sesebuah syarikat penerbangan dua kali berturut-turut, tetapi Qatar Airways membuktikan kemampuan mereka kepada penumpang setianya. Congratulation Qatar Airways!!!




Sekali lagi syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Ailrlines merangkul anugerah World's Best Cabin Staff. Kejayaan ini merupakan "signature" kepada MAS yang memiliki team cabin crew yang cekap dan mesra penumpang. Anugerah ini sudah beberapa kali dimenangi MAS. Ia juga melambangkan kesungguhan MAS menterjemahkan "Malaysian Hospitality" didalam pesawat. Tahniah MAS!!!

Saya tidak mahu menyentuh katogeri Kelas Penerbangan terbaik kerana pada pandangan peribadi saya, semua syarikat penerbangan mempunyai kelebihan serta keistimewaan tersendiri dalam perkhidmatan First class, Business class serta Economy class. Baik dari segi keluasaan dan keselesaan seat sehingga ke sajian makanan.


Saya juga berbangga dengan usaha Emirates yang sentiasa memberikan sajian hiburan terkini kepada penumpang-penumpangnya. Movie, Drama serta lagu yang disediakan merupakan koleksi terbaru di pasaran entertainment antarabangsa. Tidak hairanlah penumpang bersetuju memilih Emirates sebagai juara bagi Best In-Flight Entertainment.




Air Asia pula merupakan jenama Malaysia yang makin menyinar dalam industri penerbangan dunia. Syarikat tambang rendah negara itu sekali lagi memenangi World's Best Low Cost Airlines untuk menjadikannya kemenaganan empat tahun berturut-turut. Tambang rendah bukanlah alasan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. Dengan kadar tambang rendah, Air Asia masih mampu memberikan service serta layanan terbaik kepada penumpang setianya. Tahniag Air Asia!!!